Kerjasama Riot dan Acer
Riot dan Acer bergabung untuk Worlds 2016 dan All-Star Event
Antarabangsa | November 2, 2016 | By abang dots

RIOT Games

Tahun ini Riot mengalu-alukan Acer sebagai rakan rasmi baru untuk League of Legends World Championship 2016 dan All-Star Event 2016.

Bukan sahaja menjadi penaja rasmi, tetapi mereka juga telah menyediakan monitor permainan Predator XB1 yang inovatif untuk setiap acara-acara tersebut. Monitor yang digunakan oleh pasukan profesional di bilik-bilik latihan dan pada semua peringkat memaparkan segala aksi semasa perlawanan. Acer juga membawakan kepada  anda ulang tayang segera ketika Worlds dan siaran ASE serta menjalankan beberapa pertandingan dan hadiah untuk peminat.

Acer Predator XB1 menampilkan paparan 24-inci dengan 1080p definisi penuh termasuk NVIDIA G-Sync, membawakan maklum balas yang pantas sehingga kadar segar semula 144Hz memberikan tindakan yang bergerak pantas serta peralihan dramatik tanpa sebarang gangguan atau masalah. Predator XB1 juga mampu mencapai 180Hz bagi orang-orang yang suka untuk membawakan permainan sehingga ke luar dari hadnya. Ia juga menyediakan sudut tontonan yang luas dengan warna yang tepat sehingga 170 darjah yang mendatar dan 160 darjah menegak, jadi tidak ada bahagian yang terlepas.

acer-predator

Acer akan terus bekerjasama dengan Riot untuk membawa pada 8 sehingga 11 Disember yang akan datang untuk All-Star Event, selepas membawakan Worlds 2016 yang baru sahaja melabuhkan tirainya dipenghujung Oktober lalu. Untuk sebarang maklumat lanjut, pastikan anda menyemak laman Acer Gaming untuk sebarang maklumat mengenai produk syarikat.

Post Berkaitan

Comments