Talon Update
Ketahui update terbaru Talon!
Development | November 3, 2016 | By abang dots

 

talon-update

 

Kesimpulan Video:

1) E (Assasins’s Path)
Talon membuatnya menjadi lebih lincah dari segi pergerakannya. Dia dapat melompat mengatasi ‘terrain’ semulajadi ataupun buatan champion (spell). Faktor yang membuat E baru Talon terhad adalah ‘terrain’ yang baru saja dia guna, tidak boleh diguna semula dalam masa yang agak panjang.
Kesimpulan: Dia boleh lompat masuk tetapi tidak boleh lompat keluar balik mengikut jalan yang sama.

2) Q (Noxian Diplomacy)
Abiliti ini telah bertukar menjadi  mengikut jarak. Jikalau Talon berada dekat dengan  musuh, abiliti ini akan memberi damage yang tinggi. Jikalau berada berjauhan daripada musuhnya, Talon akan melompat dan menyerang musuhnya tetapi pada kadar damage yang lebih rendah.

3) Passive (Blades End)
Apabila menyerang sebanyak tiga kali, serangan auto seterusnya akan membuat pihak lawan ‘bleed out’ ataupun menerima damage yang lebih tinggi dalam masa beberapa saat.
Kesimpulan: Seumpama poison damage yang akan mengambil masa untuk membunuh lawan setelah diserang 3 kali.

4) Cara permainan
Pergerakan Talon akan menjadi lebih menarik serta beraksi kerana mobiliti yang tinggi yang telah diberi kepada Talon. Secara tidak langsun, Talon boleh diguna sebagai seorang champion yang roaming dan juga membantu pasukannya untuk menamatkan riwayat musuh pada awal perlawanan.

 

Post Berkaitan

Comments