Epsilon Hutang Pemain?
Pasukan Epsilon eSports dikatakan masih belum melangsaikan hutang dengan bekas pemainnya bernilai hampir 25 ribu Euro.
Antarabangsa | November 4, 2016 | By abang dots

epsilon-logo

Bekas pemain League of Legends skuad Epsilon Esports mendakwa mereka masih belum menerima bayaran hutang €22,500 ($24,986) daripada bekas pasukan mereka, dan mereka kini bakal mengheret perkara tersebut mengikut prosedur undang-undang yang sah.

“Semua orang dalam pasukan itu tertunggak sebulan gaji daripada Epsilon Esports,” jelas pemain dalam satu kenyataan yang diberikan kepada ESPN. “Kami telah cuba untuk menghubungi mereka selama beberapa bulan [tetapi belum menerima] sebarang maklum balas. Kami berharap dapat mencari penyelesaian untuk menangani isu tersebut.”

Pasukan itu – yang terdiri daripada Max “Sartorius” Günther, Thomas “Kirei” Yuen, Sofyan “CozQ” Rechchad, Paweł “Woolite” Pruski dan Lewis “NoXiAK” Felix – bertanding dalam semi-professional European League Challenger Series disepanjang musim panas. Mereka menjelaskan bahawa mereka telah dibayar untuk baki persaingan kejohanan, pada bulan Mei, Jun dan Julai, tetapi mendakwa bahawa pembayaran awal mereka di Epsilon tidak dibuat.

Walaupun semua pemain berpangkalan di Eropah, pasukan telah membayar peguam New York, Roger R. Quiles memandangkan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. Pemain belum membuat keputusan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang di Amerika Syarikat atau Eropah.

“Malangnya, Epsilon telah mengabaikan usaha kami untuk mencapai penyelesaian secara baik mengenai perkara ini,” jelas Quiles kepada ESPN. “Kami kini meneroka segala peluang yang ada untuk memastikan pemain dibayar.”

epsilon-kirei-cozqAntara pemain skuad Epsilon eSports, Kirei dan CozQ

Para pemain pada mulanya menjadi pasukan League of Legends pertama Epsilon dalam penggabungan antara pasukan mereka, Inspire Esports dan Epsilon pada bulan April. Epsilon dikenali setelah mengambil bahagian dalam Smite World Championship 2016 dan kemudian mengumumkan perjanjian bersama kelab bolasepak AS Monaco FC dalam satu jumlah yang tidak didedahkan.

Sehingga kini, Epsilon Esports masih belum memberi sebarang tindak balas kepada permintaan untuk komen.

Post Berkaitan

Comments