FORG1VEN Ikut Langkah Freeze
AD Carry H2K Gaming, FORG1VEN kini turut terbuka kepada mana-mana tawaran yang mahukan khidmatnya.
Antarabangsa | November 4, 2016 | By abang dots

h2k-poster

Konstantinos-Napoleon “FORG1VEN” Tzortziou mengumumkan di Facebook pada Khamis lalu bahawa dia terbuka kepada tawaran dari organisasi, rantau dan liga yang memandangkan kontraknya bersama H2k-Gaming telah tamat. Bagaimanapun AD Carry itu menjelaskan, dia masih terbuka untuk bermain bersama H2K mengikut cara dan syarat yang betul.

“Saya berterima kasih kepada H2K kerana memberi peluang kepada saya untuk bersaing dalam World Championship pertama saya dan pintu saya akan sentiasa terbuka untuk mereka,” FORG1VEN menulis dalam kenyataannya menerusi Facebook. “Sekiranya mereka mempersiapkan roster yang kukuh untuk Musim 7 dan saya menerima tawaran daripada mereka, segalanya mungkin boleh berlaku.”

forg1ven

Walau bagaimanapun, FORG1VEN berkata bahawa dia akan memilih untuk bermain di rantau yang berbeza pada split seterusnya.

“Saya masih terdorong untuk terus bertanding kerana ia adalah satu-satunya aspek permainan yang saya benar-benar nikmati dan membawa saya sehingga hari ini,” katanya. “Saya lebih suka untuk tidak tinggal di Eropah, melihat rantaunya yang agak perlahan dari pelbagai aspek kecuali jika tawaran rawak datang dalam keadaan yang saya tidak boleh ramalkan pada masa ini. Saya hanya ingin meneroka kawasan baru, yang bermaksud satu cabaran yang segar.”

Dia juga menjelaskan untuk akan mempertimbangkan bermain di Challenger Series, mungkin membayangkan bahawa dia akan mempertimbangkan tawaran dari pasukan besar EU Challenger dengan wang lebih besar seperti FC Schalke 04 atau Paris Saint-Germain, tetapi dia melihat Challenger sebagai “kurang keutamaan.”

Berita itu wujud beberapa hari selepas AD Carry kedua H2K, Aleš “Freeze” Kněžínek, mengumumkan dia juga terbuka kepada tawaran dari luar untuk tempoh yang singkat sehingga 14 November. Freeze keluar dari EU LCS Summer Playoffs dan World Championship 2016 kerana kecederaan, dan FORG1VEN menyertai semula pasukan khusus untuk menggantikannya. Ia tidak jelas sama ada Freeze telah pulih daripada kecederaan, atau sama ada H2K sedang mempertimbangkan untuk menyimpan kedua-dua pemain tersebut.

h2k

FORG1VEN mula menyertai H2K pada Disember 2015, tetapi kemudiannya menyertai Origen. Dia kemudian kembali semula ke H2K sebelum membantu mereka meraih tempat ketiga dalam EU LCS Summer Playoffs dan tempat dalam 4 Terbaik di Worlds pada bulan Oktober.

Post Berkaitan

Comments