LOL WORLDS FINAL DI KUANTAN PAHANG
Pantai Timur tidak ketinggalan untuk menonton Final langsung dari Los Angeles.
Komuniti | November 4, 2016 | By Mikail Karma

Oleh Mary Jane.

worlds kuantan

Kita semua tahu bagaimana Viewing Party dijalankan di kawasan Selangor, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor. Tapi, tahukah anda, peminat League of Legends di Kuantan, Pahang juga tidak terkecuali dalam memeriahkan Worlds Championships Final 2016.

Kenapa tak buat di panggung wayang?

TGV Cinema tidak membuka panggung mereka di Kuantan. Oleh itu, tayangan langsung Worlds Final di panggung wayang tidak semudah negeri-negeri lain. Kenapa hanya TGV Cinema? Ini kerana, buat masa ini hanya TGV Cinema yang bersetuju untuk membuka tayangan langsung Worlds Final. Justeru, pihak Garena membuat keputusan untuk mengadakan Viewing Party Worlds Final di bilik seminar.

Semangat peminat League of Legends Pahang

Walaupun diadakan di Kuantan, pemain dari Pekan, Jengka dan lain-lain daerah di Pahang tidak terkecuali datang untuk memeriahkan Viewing Party yang dianjurkan. Oleh kerana jarak antara daerah-daerah tersebut agak jauh, mereka bertolak seawal 2 dan 3 pagi dari rumah masing-masing. Malah, ramai antara mereka sudah menunggu di depan pintu sebelum pukul 7 pagi. Ada diantara mereka tidak tidur sepanjang malam kerana risau tidak bangun pada waktu yang dicadangkan untuk bertolak ke Kuantan.

Shoutcaster kegemaran di Pantai Timur; Fuad Qalbi atau lebih terkenal dengan panggilan puadlicious.

Shoutcaster kegemaran di Pantai Timur; Fuad Qalbi atau lebih terkenal dengan panggilan puadlicious.

 

Bukan tak cukup kerusi, tengok sambil baring lagi feeling kot?

Bukan tak cukup kerusi, tengok sambil baring lagi feeling kot?

 

worlds kuantan

Props untuk snap and win!

Props untuk snap and win!

 

Tak cukup dengan hadiah cabutan bertuah, penonton yang menjawab soalan kuiz dengan betul menang t-shirt League of Legends.

Tak cukup dengan hadiah cabutan bertuah, penonton yang menjawab soalan kuiz dengan betul menang t-shirt League of Legends.

 

Mawar pun datang tengok Worlds Final!

Mawar pun datang tengok Worlds Final!

 

Hadiah cabutan bertuah! Untungla siapa yang bertuah tu…

Hadiah cabutan bertuah! Untungla siapa yang bertuah tu…

Post Berkaitan

Comments