G2 Perbaharui Semua Kontrak
Keputusan dicapai setelah meneliti daripada segenap aspek disepanjang tahun 2016.
Antarabangsa | November 7, 2016 | By abang dots

g2-esports-2

Selepas mengadakan perbincangan, skuad G2 Esports membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang perubahan kepada pasukan. Tindakan itu turut diselaraskan dengan staf sokongan pasukan.

Walaupun seluruh skuad tampak goyah di peringkat antarabangsa, mereka boleh dikatakan meraih tahun yang agak cemerlang di peringkat domestik. Selain daripada Worlds dan MSI, mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam musim regular EU LCS spring, playoff spring, musim regular summer dan playoff summer.

g2-contract

 Malangnya, top seed dari Eropah itu tidak berada pada prestasi terbaik ketika bersaing di peringkat kumpulan World Championship. Mereka menamatkan saingan di tempat keempat dalam Kumpulan A dengan rekod 1-5, selepas hanya mencatat 1 kemenangan menewaskan Albus Nox Luna.

“Ia adalah satu penghormatan dan sangat berbesar hati untuk meneruskan komitmen kami kepada pasukan hebat ini”, jelas CEO G2 Esports, Rodriguez Santiago dalam satu kenyataannya. “Para pemain dan kelab sangat komited dalam meneruskan perjuangan yang kami cuba usahakan untuk berjaya.”

g2-esports-team-and-players-eu-lcs

Berikut adalah senarai penuh skuad G2 Esports:

  • Ki “Expect” Dae-han
  • Kim “Trick” Gang-yun
  • Luka “Perkz” Perković
  • Jesper “Zven” Svenningsen
  • Alfonso “mithy” Aguirre Rodríguez

Post Berkaitan

Comments