Legacy Ward Skin Highlight: Snowdown
Musim Salju punya ward.. Menarik
Trending | November 14, 2016 | By abang dots

Penulis: Merah

 

Disebabkan salji akan turun di Summoner’s Rift tak lama lagi, jom tengok ward untuk Snowdown Legacy Ward Skin.

legacy-skin-ward1

Apa yang dimaksudkan dengan Legacy Ward Skin?

Ward skin yang telah dijual dan terhad pada masa yang ditetapkan, mungkin akan kembali dijual pada tempoh pendek pada musim atau cuti tertentu. Kadang-kadang ada item legacy yang telah bertahun-tahun tidak dijual, ini menjadikan ia lebih berharga daripada item-item yang lain.

 

Snowman ward

Merupakan salah satu snowdown legacy ward yang terawal. Diperkenalkan pada akhir 2012 dan kali terakhir ada di buka adalah pada musim salji season 4 (2 Januari 2014).

snowman-ward

 

Gingerbread Ward

Sama seperti Snowman ward, gingerbread diperkenalkan pada ahkir 2012. Bukan gingerbread man yang biasa, ia sebenarnya adalah gingerbread teemo. Tak percaya? Tengok cara dia senyum, mata, dan telinganya. Comel dan menyakitkan hati.

gingerbreadman-ward

Video snowman dan gingerbread ward skin spotlight; https://www.youtube.com/watch?v=HYANHLKFkRQ

 

Candy Cane Ward

candy-cane-ward

Diperkenalkan pada season 4, seperti namanya, candy cane ward berbentuk seperti tongkat (cane) yang diperbuat daripada gula-gula (candy) dengan mistletoe sebagai hiasan. Ia merupakan ward skin generasi kedua, setelah snowman dan gingerbread ward dikeluarkan. Sesuai dengan Slay Belle Katarina kerana recall champion tersebut mengeluarkan candy cane.

candy-cane-ward-1

 

Penguin Skier Ward

penguin-skin-ward

Snowdown ward yang dikeluarkan pada musim salji tahun lepas (Season 6). Ward sesuai dengan skin Snow Day Bard untuk skin tersebut, meep digantikan dengan penguin yang comel dan apabila membuat recall, Bard akan dikelilingi oleh Penguin. Cuma yang berbeza adalah penguin pada ward ini memakai scarf, topi dan ski. Apa yang lebih menarik adalah ward ini mempunyai animasi yang comel!

penguin-ward-1

Recall Snow Day Bard yang dikelilingi penguin-penguin yang comel.Bagi peminat koleksi snowdown, ward berikut adalah yang wajib korang ada untuk di-match kan dengan champion skin korang. Harap-harap musim salji tahun ini, legacy ward akan dibuka semula untuk dijual.

 

Post Berkaitan

Comments