ALISTAR UPDATE #Patch 6.22
Passive dan Ability baru untuk si lembu di pre-season 2017
Analisis | November 15, 2016 | By Red

Passive dan Ability baru untuk si lembu

 

Alistar merupakan champion bagi posisi support yang banyak dimainkan sama ada di peringkat competitive atau casual. Triumph Roar (skill E) memberikan sustain ketika di lane dan combo Headbutt (skill w) dan Pulverive (skill q) merupakan satu mekanisma yang hebat dalam team-fighting. Tapi satu kelemahannya adalah sebelum level 3 (seperti yang kita lihat banyak di dipergunakan (eksplotasi) di peringkat professional).

 

Terdapat perubahan kepada lembu kegemaran semua ini pada passive dan juga skill E. Seperti yang dikatakan oleh Rioter Shin Kazuo;

“Ia sangat menakutkan dengan kebolehannya untuk “cast-everything-at-once”. Diikuti dengan cooldown yang bersesuaian. Dalam kata lain, ia menjadi sangat hebat pada masa yang singkat dan kemudian menjadi kekurangan dalam permainan apabila dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kami ingin memperhebatkannya untuk ia boleh melakukan lebih daripada W+Q. “

 

Jadi mari lihat apa yang berubah bermula dengan rework passive;

triumphant-roar

Seperti yang dapat dilihat, kebolehan untuk heal (Triumph Roar ) berubah menjadi passive. Ini bermakna Alistar mempunyai kurang kawalan terhadap healing, tetapi ia tidak memerlukan mana untuk mengaktifkan skill tersebut. Seperti E Alistar yang lama, ia boleh heal lebih cepat jika musuh mati berdekatan dengannya, tetapi sekarang stun dan perubahan champions juga akan memberikan kesan kepada healing nya.

 

Satu lagi perubahan besar adalah skill E Alistar, ia merupakan kebolehan baru yang dinamakan Trample;

trample

Ia berfungsi seperti ultimate Rammus yang kecil, memberikan damage kepada musuh yang berdekatan dalam tempoh yang ditetapkan. Perbezaannya ialah setelah memukul 5 kali, auto attack Alistar akan memberikan lebih magic damage dan stuns. Trample kelihatan seperti berikut;

trample-visual

 

Ada juga perubahan pada Pulverize (skill Q) dimana ia tidak lagi stun musuh apabila jatuh. Ultimate Alistar, Unbreakable Will, juga tidak lagi memberikannya tambahan attack damage apabila diaktifkan.

 

Berdasarkan berberapa perubahan berikut pada Alistar, ia telah berubah menjadi satu champion yang lebih rumit. Memberikannya ruang untuk melakukan lebih aksi dalam. Jika sebelum ini Alistar memulakan perlawanan dengan kombinasi W+Q dan kemudiannya hanya auto attack dan tank serangan lawan, dia kini perlu mengubah cara permainannya untuk memberikan stun kepada lawan dan mengaktifkan heal tanpa mengambil terlalu banyak damage.

Post Berkaitan

Comments