All-Star Team #1
Pasukan All-Star buat region Korea.....
Antarabangsa | November 16, 2016 | By abang dots

all-star-lck

1) Terdapat pemenang Worlds sebanyak 3 kali dalam pasukan ini, mereka adalah SKT.Faker dan SKT.Bengi. Mereke berdua adalah dua pemain SKT-T1 yang terbaik.

2) Siapa yang tak mengenali ROX.SMEB dan ROX.PraY dari pasukan ROX Tigers yang boleh dikatakan antara terbaik di seluruh dunia. Mereka terkenal dengan cara permainan tersendiri dan merupakan 2 pemain terbaik dari ROX Tigers.

3) Yang terakhir buat pasukan ini adalah Madlife dan walaupun dia bukan daripada pasukan yang terkenal seperti SKT-T1, ROX Tigers ataupun Samsung Galaxy, tiada siapa di Korea yang tidak mengetahui kehebatan sebenar pemuda bernama Madlife. Adakah kita akan jumpa nanti belia main champion signature baginya seperti Thresh dan Blitzcrank?

4) Jikalau dilihat dengan mata kasar, pasukan All-Star Korea ini sememangnya benar benar all star. Siapa yang menentang mereka pasti akan gentar berdasarkan nama mereka sahaja.

5) Persoalannya adalah, adakah mereka mampu untuk menghasilkan kerjasama yang cukup hebat untuk menentang pasukan lain. Cara permainan mereka adalah berbeza dan bagi pendapat saya, satu-satunya cara untuk mereka kalah adalah dengan kurangnya kerjasama

all-star-lck-team

Post Berkaitan

Comments