Disingkirkan dari Scouting Grounds kerana toxicity
Top prospects di North America tidak melepasi ujian tingkahlaku
Antarabangsa | November 17, 2016 | By Red

na-scouting-ground-2016-banner

Pada Ogos lepas, Riot Games mengumumkan event baru yang dikenali sebagai Scouting Grounds di North America pada November ini, membawa top prospects daripada tangga solo queue ke Los Angeles untuk bermain di hadapan kumpulan professional untuk peluang mendapatkan kontrak professional. Top 4 pemain rank tertinggi untuk setiap posisi akan dijemput, dengan syarat berikut;

 

Kamu harus membalas survey apabila ia dihantar pada Oktober

Kamu mestilah berumur 16 tahun apabila Challenger Series 2017 spring split bermula

Kamu sangat berminat untuk bermain LoL secara professional

Kamu tidak pernah bermain lebih daripada 2 pertandingan professional LoL dalam apa juga perlawanan

Kamu tidak boleh berada didalam kontrak daripada kumpulan professional termasuk kumpulan Challenger ketika jemputan dihantar

Kamu adalah penduduk North America seperti yang ditetapkan oleh Interregional Movement Policy

Kamu boleh melepasi semakan tingkahlaku, sama seperti apa yang pemain Challenger dan LCS perlu lepasi. Ini termasuk semakan tingkahlaku dalam permainan, Terms of Service violations, dan melihat kepada bans atau suspensions sebelum ini.

 

Syarat terakhir menjadi masalah seorang pemain iaitu Tarzaned yang mengakhiri musim sebagai pemain No. 1 di region tersebut. Walaupun telah mengumumkan bahawa di berminat dengan event ini, Tarzaned tidak dapat menghadirinya kerana dia gagal semakan tingkahlaku pemain berikutan sering bertindak toxic didalam permainan dan di media sosial.

 

Ia sangat merugikan apabila satu daripada top prospects tidak boleh bertanding, terutamanya dengan kekurangan bakat untuk pemain posisi jungle di region tersebut. Tapi diharapkan agar pemain menggunakan peluang ini untuk menjadi lebih matang dan berhenti menggunakan kata-kata kesat dan lain-lain serangan di dalam permainan dan diluar permainan.

 

tarzaned-toxic-tweet-about-scouting-ground

(Tweet Tarzaned setelah disingkirkan daripada Scouting Grounds. Juga Profile Picture yang gunakan oleh Tarzaned itu adalah milik RiotTiza.)

 

Itu apa yang terjadi di NA, diharapkan ianya menjadi pengajaran bukan saja untuk pemain NA malah semua pemain League of Legends di Malaysia terutamanya. Untuk menjadi pemain professional, kamu bukan sahaja memerlukan skill yang hebat malah sikap yang positif.

Post Berkaitan

Comments