Urgot seperti veteran perang
Cerita disebalik champion yang hodoh dan sering dilupakan
Analisis | November 17, 2016 | By Red

Urgot The Headsman’s Pride

  • Direka oleh Kevin ‘Geeves’ O’Brien (juga pereka Garen, Gragas, Kennen, Miss Fortune, Trundle dan Xin Zhao) dan SiyangIssfire (yerp dia hanya mereka Urgot).
  • Perkataan Urgot hampir sama dengan Ergot; sejenis fungus yang tumbuh di bijian (grains).
  • Diperkenalkan pada 24 Ogos 2010 sebagai Marksman.
  • Mempunyai jarak serangan auto attack yang paling rendah diantara semua champion range dengan jarak 425.

 

ability-urgot

 

Kali terakhir Urgot menerima update (Mac 9, 2016)

  • Base damage ditingkatkan
  • Tempoh keberkesanan Terror Capacitor dikurangkan dan kini boleh di-cast semasa membuat channeling Position Reverser
  • Position Reverser memberikan effect flee (sama seperti fear) untuk musuh dalam range 375 dari Urgot selepas membuat pertukaran posisi (kecuali target pertukaran posisi).

 

Skins Urgot

urgot-skins-splash-art

Satu lagi sebab kenapa Urgot kurang mendapat perhatian adalah kerana kekurangan varisi skin. Sebagai champion yang sudah 6 tahun berada di dalam League of Legends, sehingga kini Urgot hanya mempunyai  4 skin termasuk skin classic. Dan kali terakhir skin Urgot dikeluarkan adalah pada Mac 5, 2012 – 4 tahun yang lepas!

 

Realitinya urgot adalah seperi veteran perang yang telah dilupakan. Seperti yang tertulis dalam lore-nya, Urgot memerlukan nafas baru seperti yang pernah dilakukan oleh Professor Standwick apabila ia dihidupkan semula setelah dibunuh oleh zeolous warrior. Mungkin masih ada yang membawa Urgot ke Summoner’s Rift, tapi ia bukan lagi champion dalam meta.

 

Adakah Urgot memerlukan rework atau Urgot yang sekarang sudah cukup? Yang pastinya, Urgot memerlukan lebih skin! Sebelum itu, jom cuci mata dengan fan art Urgot di bawah.

 

starguardian-urgot

(cubaan Urgot untuk menyertai Starguardian, sampai sekarang masih belum diterima)

 

handsome-urgot

(Bila Urgot buat pembedahan plastik. Ehh…)

Post Berkaitan

Comments