Apakah Meta?
Pandangan liput ke dalam konsep meta. Fahami meta dan kuasainya untuk memberi diri advantage dalam League!
Analisis | November 20, 2016 | By TinyTeemo

Meta tu apa?

Sebagai pemain baru atau non-veteran, anda mungkin pernah dengar perkataan meta semasa champion select atau semasa membincang strategy League of Legends. Tetapi…apakah maksud sebenar perkataan “meta” ini?

Maksud perkataan “meta”

“Meta” adalah shortform untuk “metagame”, iaitu strategi yang mempergunakan aspek-aspek diluar peraturan atau norma sesuatu permainan untuk mendapatkan kelebihan strategik.

Ada pelbagai faktor/aspek yang boleh membawa impak kepada meta, tetapi anda mungkin bertanya: “Apa yang boleh menjejaskan meta ni? Sume orang tengok budak Korea saje, kan?” Haha, itu cuma satu aspek meta dan ada beberapa lagi. Mari kita tengok satu demi satu.

Patch Notes

  • Ini adalah aspek yang mempunyai paling banyak impak kepada meta.
  • Champion yang kena buff (atau perubahan yang lebih drastik seperti Skill Rework atau Champion Rework!) ia akan menaiki populariti dan dimain dengan lebih kerap.
  • Champion yang kena nerf akan dielakkan kerana pemain rasa mereka akan bermain dengan sesuatu handicap.
  • Riot juga akan “tune” Champion. Walaupun ia bukan nerf atau buff, pemain akan cuba bagaimanapun untuk melihat perbezaannya dari dulu.
1

Tiba2 semua nak main Kog’Maw

Pemain Professional

  • Kadang-kadang, pemain professional akan menggunakan sesuatu Champion dengan cekap (SKT T1 Faker punya Ryze)  atau sesuatu Champion yang jarang dinampak (Support Miss Fortune oleh ROX Gorilla) terutamanya semasa Worlds.
  • Ini mungkin menggalakkan atau memberi inspirasi kepada pemain-pemain untuk mencuba Champion atau Role tersebut.
  • Walaupun kes-kes ini bukan semestinya OP atau kuat, atau pemain tersebut memilih Champion itu untuk kes spesifik, pemain yang tidak faham selanjutnya akan cuba juga! Gempak sangat Support Miss Fortune bulan lepas semasa Worlds 2016.
2

ROX Gorilla memilih Support Miss Fortune semasa Worlds 2016

Build Baru

  • Semasa build hangat dicipta, pastinya ada pemain yang hendak mencubainya untuk mendapat ELO semasa Ranked.
  • Build hangat seperti Guinsoo Rageblade Tristana semasa April atau kemunculan Tank Yasuo/Fizz/Akali dalam Top Lane.
  • Build yang baru biasanya berpuncnya dari  Korea, yang membuat testing yang ekstensif dan tidak takut mencubai build yang baru.
  • Bersyukurnya saya bahawa Riot erti mengikuti trend dan meta dan erti nerf build yang terlalu OP!
2

Jangan cuba Full Tank Yasuo, itu troll build ya?

Skin Baru (?)

  • Skin yang baru juga boleh membawa impak kepada meta (tetapi bukanlah untuk pemain professional).
  • Sebagai contoh, semasa Teemoing dilancarkan, banyaknya Tristana, Morgana dan Teemo merata-rata. Kerana Riot telah release skin yang cun sangat, pemain-pemain gerombolan nak beli dan main champion-champion tersebut.
4

The new era of Teemo T^T

Sekarang bagaimana?

Pengalihan kekerapan ini boleh memberi pemain informasi meta tentang Champion yang dia akan menemui di Summoner’s Rift. Kalau anda mengesyaki sesuatu Champion akan mula trending, mungkin anda boleh mendapat freelo jika menguasai Champion yang boleh kaunter mereka. Sebaliknya, kalau anda tahu sesuatu Champion telah nerf, mungkin itu boleh membuka pemilihan Champion tertentu. Kadang-kala, semasa pemain terlalu ikut meta, ia membawa sejenis meta yang baru yang dipanggil anti-meta.

Post Berkaitan

Comments