TSM WildTurtle
Lagi spekulasi pemain yang akan mengambil tempat di posisi AD Carry bagi Team SoloMid
Antarabangsa | November 20, 2016 | By Red

tsm-wildturtle-waves

Setelah Team SoloMid membuat pengumuman bahawa mereka akan menyertai IEM Oakland yang berlansung pada 19 hingga 20 November, ramai pihak berpendapat bahawa TSM akan mengumumkan roster mereka pada event tersebut. Malah TSM telah mengesahkan bahawa bekas pemain AD Carry mereka – Jason “WildTurtle” Tran akan bersama mereka dalam IEM Oakland.

Di dalam video pengumuman tersebut, WildTurtle jelas sangat gembira ketika kembali bermain untuk TSM dan mengatakan bahawa “Ia rasa seperti (pulang ke) rumah”. Bagaimanapun dia memaklumkan bahawa roster rasmi TSM belum lagi ditetapkan, akan tetapi dia juga berkata “Saya akan bermain di tournament ini dan lihat bagaimana

 

Pernah berada dalam roster TSM pada 2013 hingga 2015, WildTurtle digantikan oleh Yiliang “Doublelift” Peng di pre-season 2016. Dia kemudian menyertai Immortals yang ketika itu baru ditubuhkan dimana mereka berada di tangga ketiga di kedua-dua spring dan summer playoff untuk NA LCS 2016 menyebabkan mereka gagal melayakkan diri ke Worlds Championship 2016.

 

Walaupun di laman rasmi mereka, TSM memaklumkan bahawa roster yang akan bermain di IEM Oakland bukanlah roster rasmi untuk musim 2017, ada yang mengatakan jika WildTurtle boleh beraksi dengan baik, posisi tetap AD Carry TSM mungkin miliknya. Ia juga berikutan kontrak WildTurtle bersama Immortal telah tamat dan dia tidak lagi ada ikatan dengan mana-mana kumpulan ketika ini.

Post Berkaitan

Comments