Camille – Abilities Spotlight
Skill Camille sudah didedahkan! Mari kita tengok kit Camille, The Steel Shadow.
PBE | November 23, 2016 | By TinyTeemo

Wahai, semua! Skill Camille sudah didedahkan. Jangan lupa tengok ramalan DuniaLoL dalam artikel ini. Mari kita bandingkan kit di PBE dengan kit ramalan kami.
Camille, the Steel Shadow

camillewallpaper-logo


Passive – Adaptive Defenses

Semasa Basic Attack sesuatu Champion, Camille akan mendapat Shield berdasarkan Champion yang dia menyerang berjumlah 20% Maximum Health Camille.

Shield tersebut boleh block Physical Damage atau Magical Damage sahaja.


Q – Precision Protocol

Cast Pertama: Basic attack Camille seterusnya akan mendapat bonus physcial damage dan memberi Camille bonus movement speed. Precision Protocol boleh di-cast sekali lagi dalam tempoh 3 saat tanpa mana cost.

Cast Kedua: Jika Precision Protocol yang kedua di-cast selepas 1.5 saat atau lebih, ia akan buat dua kali ganda bonus damage dan sebahagian damage itu akan menjadi True Damage.


W – Tactical Sweep

Aktif: Selepas sesuatu windup delay, Camille akan menyerang dalam bentuk kon di depannya.

Musuh yang dikena oleh separuh luar akan slow 90% dan mendapatkan semula movement speed dalam tempoh 2 saat, diberi bonus physical damage berdasarkan Maximum Health musuh. Camille akan heal sebanyak bonus damage ini.

Heal ini tidak akan melebihi 10% Maximum Health jika diguna atas non-Champion unit dan Monster Jungle menafikan 50% damage Tactical Sweep.


E – Hookshot

Cast Pertama: Camille tembak hookshot yang akan memasang diri ke atas Terrain, dan menarik Camille ke Terrain tersebut dan Hookshot boleh dicast lagi dalam tempoh 1saat.

Cast Kedua: Camille melompat dari Terrain, dan mendapat Dash range dua kali ganda jika melompat ke arah Champion musuh. Camille akan membuat physical damage dan stun 1saat dalam area sekitar dia kalau mengenakan musuh pertama, atau di pengakhiran dash dia.

Jika Hookshot megenakan musuh, dia akan dapat bonus attack speed untuk tempoh 5saat.


R – Hextech Ultimatum

Aktif: Camille melompat ke arah Champion musuh, dan tidak boleh ditarget semasa lompat ini. Apabila dia mendarat, dia membuat zon heksagon di sekitar musuh yang disasarkan dan mengalihkan semua Champion musuh lain. Champion sasaran boleh bergerak bebas dalam zon ini, tetapi tidak boleh keluar daripadanya.

Semasa Camille berada di dalam zon ini, auto-attack dia ada bonus Magic damage.

Post Berkaitan

Comments