Undang-undang dan eSukan
Ke arah menjadikan eSukan sebagai satu profesion yang sah
Antarabangsa | November 23, 2016 | By Red

Bagaimana pemain individu atau kumpulan melindungi pendapatan mereka dalam eSukan seperti endorsement dan sponsorships? Ini kerana, untuk menjana pendapatan yang konsisten dan memastikan mereka (pemain) menerima apa yang selayaknya.

 

Harta Intelek

Game publisher dan organisasi komersial biasanya akan mengawal harta intelek (Intellectual Property – IP) yang dihasilkan melalui industri eSukan terutamanya yang melibatkan pertandingan dan liga. Malah kawalan terhadap harta intelek pemain adalah terhad kerana avatar (media yang mereka gunakan untuk beraksi mewakilinya dalam permainan) bukan milik mereka. Tidak seperti sukan biasa dimana mereka mewakili diri mereka sendiri ketika bermain.

 

avatar-pemain-esukan

Walaupun Huhi merupakan individu yang mempopularkan Aurelion Sol, avatar tersebut tetap milik riot games. Begitu juga dengan Ryze-Faker, Zed-Bjersen dan lain-lain. Oleh kerana itu, sebarang pendapatan yang dijana daripada avatar/ champion tersebut (merchandise, skins dan lain-lain) adalah hak riot games kecuali dalam keadaan tertentu.

 

Endorsements dan Sponsorship sebagai punca pendapatan

Buat masa ini, pendapatan yang biasa diterima oleh pemain adalah endorsements (bayaran sokongan/ gaji) dan sponsorships (penajaan). Kontrak kerjasama seharusnya menggariskan ROI (Return on Investment – hasil pelaburan) dengan jelas. Kegagalan berbuat demikian akan membawa masalah pada isu hak pemain. Malah, perjanjian tidak seharusnya terlalu terbuka atau menekan kedua-dua pihak (sebagai contoh, memegang pemain untuk tempoh yang terlalu lama).

coke-esports-bottle

 

Lain-lain isu undang-undang eSukan

Walaupun eSukan adalah fenomena global, undang-undang yang berbeza bagi setiap kawasan menyebabkan kontrak dan event sukar untuk ditetapkan. Malah jika ingin memulakan perniagaan dalam eSukan, kamu juga perlu melihat kepada undang-undang buruh dan undang-undang siber di kawasan tersebut.

 

Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira jika mahu menjadikan eSukan sebagai karier. Untuk menjadi profesional, selain kebolehan kamu juga perlu bijak dalam membuat atau menerima tawaran perjanjian penajaan atau kontrak pada masa akan datang. Malah kamu mungkin memerlukan nasihat daripada peguam untuk menguruskan perkara berkenaan undang-undang.

Post Berkaitan

Comments