Review Skin Santa Braum
Santa baru menggantikan si buncit – Gragas
Analisis | November 25, 2016 | By Red

Kalau sebelum ini Riot menghantar seorang Santa dengan perut buncit, tahun ini kita akan dapat seorang lagi Santa tapi lebih tegap dan sasa.

 

Mari kita mula dengan splash art Santa Braum

santa-braum-splash-art

Berasal dari Freljord, mungkin itu sebabnya Braum tidak perlukan pakaian lengkap dan cukup dengan hanya jacket santa untuk bertahan dalam suhu sejuk. Dan sama seperti pentingnya reindeer bagi Santa, poro adalah pilihan sesuai untuk dijadikan pengganti reindeer kerana mereka adalah teman baik Braum

 

santa-braum-passive

Ini adalah kelebihan untuk pemain yang baru menggunakan Braum. Stack bagi passive Braum akan lebih mudah untuk dilihat dengan tanda icon reindeer poro.

 

santa-braum-q

Pendiang api yang mengeluarkan bugnkusan hadiah? Yes! Siapa tak nak hadiah, tapi kalau kamu adalah musuh Braum, kamu mungkin terpaksa mengelak bungkusan hadiah tersebut.

 

santa-braum-w

Stand behind me memberikan effect berkilau kepada champion atau minion yang disasarkan.

 

santa-braum-e

Skill E braum iaitu unbreakable akan kelihatan seperti satu balutan besar hadiah. Sama seperti tujuan hadiah dibalut iaitu untuk melindungi barang di dalamnya, atau di situasi ini – sesiapa yang berada dibelakang Braum.

 

santa-braum-after-ulti     santa-braum-ulti

Ultimate Braum Glacial Fissure akan mengeluarkan pokok krismas di arah yang disasarkannya dan kemudian meninggalkan kesan rekahan ais di permukaan untuk seketika.

 

santa-braum-recall

Tak cukup menarik lagi? Yang paling Red suka adalah recall – Braum melompat ke dalam kereta luncur salji dan ditarik oleh reindeer poro!!

Post Berkaitan

Comments