Bjergsen menggunakan dadah?
Rahsia Bjergsen yang menyebabkan dia mungkin digantung untuk LCS 2017
Antarabangsa | November 28, 2016 | By Red

bjergsen-lustboy-turtle-post-win

Menurut satu article yang diterjemahkan oleh esportsmatrix, Team SoloMid Bjergsen mungkin akan digantung pada LCS 2017 berikutan penggunaan supplement atau dadah yang dikenali sebagai Synagen IQ. Pendapat Red? This is a Scam! Kenapa?

 

“Bjergsen has always been close to his fans in terms of being interactive on stream, but lately he has taken a step away from streaming because he was afraid of how his fans would react to his secret has he has revealed to his team.”
Dalam article tersebut, Bjergsen dikatakan telah berhenti membuat streaming permainan kerana tidak mahu peminat melihat reaksinya terhadap pendedahan rahsia pengambilan supplement itu. Ehh.. Red rasa baru berberapa jam lepas Bjergsen stream di Twitch.Tv.

tweet-bjergsen-streaming-on-28-nov

 

“Bjergsen has revealed he has been taking Synagen IQ to further hone his skills. Synagen IQ has been proven to increase memory, energy, help with reactions and increase overall health”
Bjergsen juga mendedahkan bahawa supplement tersebut terbukti membantu meningkatkan ingatan, tenaga, reaksi dan keseluruhan kesihatan. Ok.. ini betul-betul punya scam. Red dah baca review berkenaan penggunaan Synagen IQ yang power sangat ni dan seperti yang disangka, kebanyakkan pengguna supplement ni memberikan review yang buruk dan menyatakan ia tidak berkesan.

 

cover-photo-esportsmatrix-on-bjergsen-suspension-news

Berikut adalah gambar yang disertakan bersama article tersebut. Apa yang Red tak faham – kenapa Reignover (dengan masih memakai baju Immortal) berada didalam gambar bersama dengan pemain TSM yang lain? Yang Red tahu, TSM sedang mencari AD Carry baru menggantikan Doublelift, bukan pemain jungle untuk menggantikan Svenskeren.

 

Diharap Bjergsen akan membuat kenyataan berkenaan perkara ini bagi menjelaskan perkara sebenar. Bukan itu sahaja, malah Red risau kalau ada yang terpengaruh dengan article tersebut dan membelinya kerana ingin berjaya seperti Bjergsen. Apa yang lebih teruk, tiada senarai campuran yang digunakan dalam supplement tersebut dinyatakan.

 

UPDATE

bjersen-reaction-to-synegen-iq

Berberapa jam selepas Red menulis article ini, Bjergsen telah memaklumkan bahawa berita yang mengatakan bahawa dia menggunakan supplement tersebut dan akan digantung adalah tidak benar.

Post Berkaitan

Comments