Bila fan art Santa Braum terlalu ‘hot’ untuk dipandang
Braum memenuhi fantasi pemain wanita League. Eh?
Komuniti | November 29, 2016 | By Zharif Hamzah

braum-santa

Demam Elementalist Lux masih belum reda. Tapi biasalah, ada PBE, dah keluar dah skin Snowdown baru sempena Krismas tahun ini. Santa Braum, Snow Day Graves, dan Winter Wonder Karma.

Kita tolak tepi dulu skin Graves dan skin Karma. Marilah kita menghayati kehebatan skin Braum ini. Bila dilihat, League of Legends memang mengubah persepsi Santa: Santa pun berhak untuk menjadi seksi, sasa, sihat, tough, fit, sungguh indah dipandang… oleh semua para pemain yang menggemari champion ini.

Splash art rasmi Braum oleh Riot kelihatan comel, dengan Braum yang berada di samping poro yang comel.

Tapi, @yy62401 di Twitter mengambil langkah drastik, menghasilkan fan art Santa Braum yang sungguh menarik perhatian.

wip-braum

Santa Braum

Ahli Gempak Summoners tidak ketinggalan berasa teruja dengan kehadiran Santa Braum yang bakal bertandang ke League of Legends pada bulan Disember nanti.

Izzi Saruan berkata, “Taric mesti suka.”

“Nice, Badasss Santa Braum,” kata Neo NagaTo pula.

taric-braum

Iesqn FtXeja tidak ketinggalan bertanyakan pendapat daripada ahli Gempak Summoners, yang mana satu mereka suka? Taric atau Braum?

Majoriti semestinya memilih Braum, dengan Zack D. Seiko berkata, “Janggut dan misai Braum sangat hebat.”

Yang pasti, tak sabar nak tunggu skin ini keluar.

Apa pandangan korang mengenai Santa Braum? Komenlah di bawah.

Post Berkaitan

Comments