Pemusnah EDward Gaming angkat kaki
Revolta & Yang sah sertai Keyd Stars
Antarabangsa | November 29, 2016 | By Ahadilhi

intz

Dua bintang pasukan Brazil, INTZ e-Sports iaitu Gabriel “Revolta” Henud dan Felipe “Yang” Zhao telah memeterai perjanjian bersama pesaing ketat, Keyd Stars bermula musim 2017 akan datang.

Untuk pengetahuan anda, Revolta dan Yang merupakan dua pemain paling menyerlah ketika INTZ mencipta keajaiban apabila menundukkan juara liga China, EDward Gaming dalam perlawanan kumpulan pertama di Worlds 2016.

Antara perlawanan epik yang tidak dapat dilupakan, INTZ menyerlah dalam penampilan pertama di pentas antarabangsa apatah lagi menewaskan pasukan ketiga terbaik menjelang saingan Worlds 2016. Biarpun INTZ gagal mencetak kemenangan selepas kemenangan itu, negara Brazil pasti menjadi tumpuan dalam mana-mana kejohanan Wildcard.

keyd

cyx_fupxeaeal8d

Untuk Rekod, Keyd Stars merupakan pasukan yang mengakhiri kempen liga CBLOL di tempat keempat, namun wakil Brazil itu mempunyai hajat tinggi menjelang musim 2017 ini. Apa yang pasti, kehadiran kedua-dua pemain terbaik Brazil akan menjadi suntikan semangat kepada jentera serangan Keyd Stars.

Sementara itu, dua tonggak utama EDward Gaming iaitu Kim “Deft” Hyuk-kyu dan Heo “PawN” Won-seok telah mengucapkan selamat tinggal kepada juara liga LPL itu, ekoran aksi hambar ketika di Worlds 2016. Kedua-dua pemain bertaraf tinggi itu mengakui keputusan untuk berhijrah adalah keinginan untuk menjadi juara dunia. 

Post Berkaitan

Comments