Kenapa perut Snow Day Graves buncit?
Buncit? Apa salahnya? Haha
Komuniti | November 30, 2016 | By Zharif Hamzah

Snow Day Graves

Semalam, kita melihat kehebatan Santa Braum yang membuatkan beberapa pemain League of Legends meleleh air liur mereka apabila melihatnya.

Hari ini, kita menerjah pula ciri-ciri Snow Day Graves.

Satu benda yang aku perasan bila aku lihat splash art Snow Day Graves adalah…

Perut dia buncit!

graves-1

Skin ini sangat lawa. Tapi, adakah Riot sengaja membuatkan champion iras Hugh Jackman ini buncit? Adakah mereka tersilap dengan pemilihan warna pakaiannya yang memberikan ilusi yang Graves buncit?

snow-graves-head

Dan tidak  dilupa, sangat kelakar bila Snow Day Graves recall, bila kepalanya bertukar menjadi kepala salji.

Nasib baiklah @yy62401 di Twitter menghasilkan doodle Snow Day Graves yang lawa.

doodle-graves

Jadi, melihat kembali kehebatan Pool Party Graves dan membandingkannya dengan Snow Day Graves yang tidak kurang hebatnya (tapi buncit). Mana satu yang korang suka?

Boleh undi di bawah.

Post Berkaitan

Comments