Terima kasih, Weldon Green!
Bye-bye, Jurulatih Hensem.
Antarabangsa | November 30, 2016 | By HalleBerry

green-tsm

Menurut kemaskini di laman web Pasukan SoloMid pada hari Sabtu yang lepas, ia kelihatan seperti pasukan LoL terbesar di Amerika Utara tersebut telah berpisah dengan jurulatih mereka, Weldon Green. Berdasarkan laman web rasmi mereka di mana pasukan itu mengeluarkan kenyataan penghargaan rasmi kepada Green, keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Alasan yang diberikan terhadap perpisahan ini adalah pihak TSM merasakan bahawa mereka lebih selesa bekerjasama dengannya dalam acara-acara jangka masa yang pendek sahaja.

Namun begitu, peminat-peminat setia TSM tidak perlu khuatir kerana ia tidak kelihatan seperti sumbangannya akan terhenti di situ. Menurut laman web tersebut, pasukan tersebut akan terus bekerjasama dengan Green untuk mendapat khidmat perundingan dan juga bantuannya dalam bootcamp.

Apakah haluan Green yang seterusnya?

Ia kelihatan seperti dia sudah mempunyai ~perancangan tersendiri~. Menurut akaun Twitter persendiriannya, dia seolah-olah mengusik followers-nya dengan tweet ini:

 

green-tweet

dan INI

 

green-berlin

 

APA YANG DIA BUAT KAT GERMAN?!

 

suprise-gif

Kita tunggu je la~

P/s: HB rasa dia muka dia ni macam Perdana Menteri Canada, Justin Trudeau. Uolls setuju tak?

justin-trudeau

KBYE.

Post Berkaitan

Comments