Peanut menyertai SK Telecom T1
SK Telecom T1 membentuk pasukan menggerunkan
Antarabangsa | December 1, 2016 | By HalleBerry

Hai semua! HB bangun hari ni dengan suatu berita yang agak gempar! Nampaknya terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa jungler ~terhebat~ di dunia LoL, Han “Peanut” Wang-ho telah menyertai pasukan yang sama hebat tarafnya iaitu SK Telecom T1 untuk musim 2017 setelah bermain untuk ROX Tigers selama hampir setahun! Perkara ini juga telah disahkan oleh Peanut sendiri melalui akaun Twitternya.

 

peanut-tweet

Dan juga melalui akaun Twitter rasmi SKT

skt-announcementpeanut

 

Peanut dikira hotstuff  di pasaran dan sering dicari-cari oleh pasukan-pasukan Amerika Utara dan Eropah, tapi negara asalnya jugalah pilihan hatinya. Beberapa hari sebelum itu, SKT telah melakukan beberapa perubahan terhadap pasukannya, iaitu dengan pengambilan semula pemain laner mid, Faker dan perlepasan jungler, Bengi. Jadi… kita boleh agak dari situ yang pasukan hebat itu sedang mencari jungler yang baharu.

Antara perkara yang ada dalam perjanjian SKT-Peanut adalah, Peanut tidak lagi boleh membuat streaming melalui saluran Twitch miliknya tetapi dia masih boleh membuat streaming melalui Azubu sebab saluran ini masih lagi mempunyai perkongsian dengan SKT dan pasukan Korea yang lain. Sebenarnya, perkara ini tak begitu mengejutkan kerana SKT bergelut sepanjang musim untuk menyesuaikan jungler mereka dalam permainan dengan menukar jungler antara Blank dan Bengi.

roxpeanut3

Peanut merupakan pemain terakhir untuk meninggalkan pasukan ROX Tigers selepas KurO, PraY, GorillA, Smeb dan Cry. Semasa bersama ROX, Peanut berjaya merangkul tempat kedua dalam LCK spring playoff, tempat pertama dalam summer splits dan tempat ke3-ke4 dalam Worlds. Sebelum menyertai ROX, Peanut juga pernah bermain jungler untuk NaJin e-mFire.

Buat masa sekarang ROX tidak memiliki senarai penuh dalam roster mereka, tetapi mereka akan mengadakan uji bakat terbuka untuk membina skuad baharu bermula pada hari ini sehingga 4 Disember. Pasukan baharu mereka akan diumumkan pada 5 Disember.

 

Antara kemuncak permainan Peanut:

 

HB p/s: Kalau korang rasa layak, bolehlah mencuba nasib. Mana la tau ada rezeki…

Post Berkaitan

Comments