Huni Bakal Ikut Peanut
Bekas top laner Immortals itu bakal sertai SK Telecom T1
Antarabangsa | December 2, 2016 | By abang dots

Bekas top laner Immortals, Heo “Huni” Seung-hoon dijangka akan menandatangani dengan pasukan juara dunia League of Legends tiga kali, SK Telecom T1 dalam beberapa hari lagi, sumber yang rapat dengan pemain itu memberitahu ESPN.

huni

Huni akan mengisi tempat yang dikosongkan Lee “Duke” Ho-Seong, yang meninggalkan dengan pasukan bersama Jungler Bae “Bengi” Seong-woong pada Isnin.

Huni pernah mencuba untuk bersama SK Telecom T1 pada 2014 tetapi akhirnya ditawarkan perjanjian untuk bersaing di Eropah dengan Fnatic, di mana dia telah memenangi dua kejuaraan domestik dan tempat ketiga / keempat pada World Championship 2015. Pada 2016, dia berpindah ke Amerika Utara bersama bekas rakan sepasukan Kim “Reignover” Yeu-jin untuk bersaing di Immortals.

Pasukan SK Telecom T1 baru-baru ini menandatangani pengganti Jungler Bengi dengan bekas pemain ROX Tigers, Han “Peanut” Wang-ho pada Rabu. Peanut akan bergilir dalam posisi tersebut dengan Kang “Blank” Sun-gu.

peanut

Pasukan itu juga mengumumkan pada minggu ini bahawa wujud sebuah perjanjian yang pernah berlaku sebelum ini, dengan bintang mid Laner, Lee “Faker” Sang-hyeok, walaupun tidak menyatakan butirannya. Pasukan itu juga mencapai perjanjian baru dengan Blank, AD carry Bae “Bang” Jun-sik, dan support Lee “Wolf” Jae-wan, serta jurulatih Choi “L.i.E.S” Byoung-hoon dan Kim “kkOma” Jeong-Gyun.

Sekiranya ia berlaku seperti dijangkakan, Huni akan mengisi kesebelasan skuad gergasi Korea Selatan League of Legends, yang telah memenangi World Championship pada tahun 2013, 2015 dan mengesahkan statusnya sebagai satu-satu-satunya pasukan yang menjuarai World Championship tiga kali di Los Angeles Staples Center pada bulan Oktober yang lalu.

skt-thumbnails

Post Berkaitan

Comments