10 Bans? Oh, Tidak!
Sistem Bans baru dalam proses pembikinan
Development | December 3, 2016 | By Ahadilhi

maxresdefault

Musim terbaru League of Legends bakal menyaksikan perubahan besar seperti kemunculan Champion baru, manakala permainan video itu bakal tampil dengan wajah baru apabila klien permainan melancarkan kemaskini terbaru.

Bagaimanapun, perubahan terbesar pasti dirasai arena eSukan dunia, apa tidaknya setiap pemain perlawanan 5v5 dibenarkan Ban satu champion. 5 Bans setiap pasukan, 10 Bans secara keseluruhan. Menurut khabar angin, Riot Games telah memulakan proses percubaan sistem ini dan ramai memberi petunjuk bahawa ia bakal disahkan untuk musim ketujuh yang akan datang.

10bans

Peraturan sistem 10 Bans:

  1. Kedua-dua pasukan akan Ban satu champion sehingga 6 Champion telah diketepikan (3 ban bagi setiap pasukan).
  2. Kedua-dua pasukan akan memilih 3 champion.
  3. Sekali lagi, kedua-dua pasukan akan Ban baki 2 Champion lagi.
  4. Akhir sekali, kedua-dua pasukan akan memilih 2 Champion terakhir.

 

10 Bans bagi setiap perlawanan Ranked dan kompetitif? Biar betul! Apakah sistem baru ini akan dimanfaatkan pemain-pemain kompetitif atau sebaliknya?
Positif
+Kepelbagaian posisi bagi setiap pemain
+Arena eSukan lebih kompetitif
+Perubahan strategi skala besar

Negatif
-Masalah keseimbangan Champion lebih ketara
-Penyesuaian diri lebih sukar dan panjang
-Perubahan strategi skala besar

 

Jika dilihat di atas, “Perubahan strategi skala besar” dinyatakan sebagai Positif dan Negatif sistem Ban terbaru ini. Mengapa? Kesimpulannya, perubahan seperti ini adalah cara paling adil untuk memupuk semangat perlawanan sekali gus menyaksikan SK Telecom T1 berdepan tentangan lebih hebat berikutan kejuaraan Worlds yang ketiga.

 

jungle
Namun, kebanyakannya bergantung kepada tahap skil dan strategi yang diterapkan setiap pasukan. Sebagai contoh, apakah fungsi Jungler dalam pasukan seandainya dia dikenakan 5 Ban Champion kegemarannya manakala baki Champion merupakan pilihan luar Meta terkini? Hancur!

Jadi, saya jangka peminat-peminat eSukan bakal menghadapi musim yang amat menyukarkan pada peringkat awal, sama seperti pemain-pemain profesional League of Legends. Kemungkinan besar kami akan melihat pemain-pemain terkenal mencuba posisi-posisi baru.

Bagaimana anda ingin mempertingkatkan tahap skil sendiri? Teruskan latihan, ikuti perkembangan eSukan dan rajin mempelajari corak permainan setiap Champion tahun ini.

Post Berkaitan

Comments