Camille Build Top [Detailed]
Learn to play: Camille Bruiser Top!
Strategi | December 3, 2016 | By TinyTeemo

Berminat main Camille?

Tiada build dalam minda?

Perlu tips bermain Champion ini?

Saya boleh membantu anda! Inilah guide untuk bermain Camille Top!

Credit for art: WANDAKUN


Sebelum membaca guide ini, anda patut baca artikel ini tentang Ability Camille.

Kit Camille memberi dia banyak base damage dan pelbagai cara untuk menhampiri carry-carry musuh. Dengan Ulti Camille, Hextech Ultimatum, sasaran anda langsung tiada cara melarikan diri (FLASH pun tidak berkesan). Untuk maklumat terlanjut, baca artikel ini, Hextech Ultimatum: Penjara Paling Gempak. Oleh itu, dalam sesuatu team optima, Camille patut memberi perhatian kepada build yang boleh dive carry musuh dan membunuhnya sebelum dibunuh oleh pasukan musuh. Dengan pemikiran ini, build yang paling sesuai untuk Camille Top/Jungle adalah Bruiser.


Runes

camtoprunepage1This is my recommended setup, biar saya jelaskan sikit

9 Flat AD Marks/Reds: Untuk last hit senang sikit

9 Flat Armor Seals/Yellows: Against AD Matchups

Alternate choice: 9 Scaling Health Seals/ Yellows against AP/Hybrid Matchups

2 Flat AD Glyphs/Blues: Dengan 9 Flat AD Marks, anda cuma dapat 8.8AD dan in-game, you akan dapat 8 AD saja. So, kita ambil 2 lagi Flat AD Glyphs untuk menjadikannya +9 AD.

7 Scaling MR Glyphs/Blues: Standard choice

Alternate choice: 6 Scaling CDR + 1 Scaling MR Glyphs/Blues: Boleh dapat +10% CDR at Level 18, ini adalah pilihan jika hendak dapat 40% in-game.

3 Movespeed Quintessences: Movement Speed sangat penting untuk Camille, posisi semasa gunakan W dan E ada impak yang besar.

camtoprunepage2

Dan inilah setup yang paling standard untuk AD, boleh diguna jua jika tiada runes diatas

9 Flat AD Marks/Reds

9 Flat Armor Seals/Yellows

9 Scaling MR Glyphs/Blues

3 Flat AD Quintessences


Masteries

camtopmasterypage

As a Bruiser, Resolve tree paling baik untuk build dan role kita. Manakala Ferocity lebih berguna dibandingkan Cunning.

Ferocity

Tier 1 – Fury: Ulti Camille tiada komponen damage, tapi ada on-hit effect, Attack Speed lebih berbaloi

Tier 2 – Fresh Blood/Feast/Expose Weakness: Sebenarnya, semua tiga pun boleh diguna. Tengok playstyle: suka trade, suka sustain atau teamfight?

Tier 3 – Natural Talent: Kita akan buat build Bruiser, so tidak payah Lifesteal

Tier 4 – Bounty Hunter/Double Edged Sword/Battle Trance: Ini juga personal preference, sebab kita Bruiser dan boleh tahan dalam perjuangan, saya pilih Battle Trance.

Resolve

Tier 1 – Unyielding: Dengan Bruiser build kita akan beli banyak defensive stats.

Tier 2 – Explorer: Dengan CC yang hebat, Camille boleh roam dan gank.

Tier 3 – Runic Armor: W kita boleh memberi healing

Tier 4 – Insight/Fearless: Antara dua mastery ini, Insight penting untuk Teleport tetapi Fearless boleh menjadikan diri lebih tanky. 

Tier 5 – Legendary Guardian: Kita sudah ada banyak mobiliti melalui E, so tidak payah ambil Swiftness.

Tier 6 – Grasp of the Undying/Courage of the Collosus: Inilah personal preference, Grasp boleh menolong anda trade pada laning phase sambil berguna pada late game. Colossus adalah pilihan yang bagus jika hendak tank lebih.


Skill Priority: R > Q > E > W

Hextech Ultimatum (R) when you are Level 6/11/16.

Kita max Precision Protocol (Q) first untuk base damage.

Ambil Hookshot (E) pada Level 2 dan max it second untuk cooldown (OP sangat kalau ada 40/45% CDR, boleh spam stun, kejar musuh atau lari diri!)

Tactical Sweep (W) diambil pada Level 3 dan maxed last, sebab ia ada komponen %health dmg.


Summoners Spells

Untuk Summoner, biasanya pilihan pertama adalah Flash. Untuk Summoner kedua, sebagai Top Laner kita patut ambil Teleport.

Kalau hendak pressure lane, boleh ambil Ignite juga.

Cleanse/Ghost juga merupakan pilihan jika team musuh ada banyak CC.


Items

For starting items, I recommend Corrupting Potion. Ada sustain yang best, dan dengan kit Camille, kita boleh engage bila-bila kita hendak.

Kalau masih tidak mahir menggunakan Camille, boleh juga beli Doran’s + Potions.

Untuk matchup yang kaw-kaw teruk.


Boots

Inilah pilihan jika team kamu sedang snowball/ahead. Kedua-dua pilihan ini akan memberi banyak mobiliti, sebab Boots of Lucidity boleh memberi CDR untuk Hookshot (E).

Kalau team kamu perlu frontline yang tank, boleh beli Ninja Tabi vs AD/Auto-attack atau Mercury’s vs MR/CC.


Core Items

Trinity Force merupakan item GG untuk Camille, ia memberi pelbagai stats yang semua boleh dipergunakan oleh Camille dengan berkesan.

Spellblade Unique dari Trinity Force boleh stack dengan kesan true damage dari kegunaan kedua Precision Protocol (Q), tetapi jangan lupa menunggu 1.5 saat sebelum menggunakanya atau kamu akan fail the combo.

Dengan build ini, kita akan fokus pada item yang ada HP. Oleh itu, Titanic Hydra is second core.

Cleave Unique dari Titanic Hydra juga boleh stack dengan Q seperti Trinity Force.


Offensive Choices

Sterak’s Gage: Pilihan bagus jika musuh ada burst damage.

Frozen Mallet: Pilihan bagus JIKA team erti followup semasa anda kejar.

Righteous Glory: Sama dengan Mallet, jika team tak erti followup, kamu kejar pun tak guna.

Black Cleaver: Tidak beberepa suka sebab menurangkan Armor musuh tidak beberapa kesan sebab kebanyakkan damage akan berasal dari kesan True Damage Precision Protocol (Q)

Locket of the Iron Solari

Beli Guardian’s Angel sebagai item ke-6 jika beli mana-mana item diatas. Sebab item-item tersebut tiada Armor/MR, Guardian Angel boleh memberi kedua-duanya DAN memberi passive yang kuat.

Locket of the Iron Solari: Sebab ia sudah ditukar dan bukan item Aura, ia memberi stat yang baik dan sekarang bukannya item untuk Support sahaja. Boleh dibeli jika anda lebih hendak melindungi carry.


Pilihan Defensive

Armor

Dead Man’s Plate: Boleh memberi impak yang sama seperti Righteous Glory + Frozen Mallet. Ada movement speed, ada slow, GG!

Randuin’s Omen: Jika musuh ada Critical dan anda perlu Armor, ini item yang bagus. HP dan Armor, sedap.

Frozen Heart/Thornmail: Bukan pilihan yang optima sebab tiada HP tetapi jika musuh punya ADC sangat kuat, inilah item-item untuk membeli.

Magic Resist

Spirit Visage/Banshee’s Veil: Jika ada burst yang kuat, Banshee lebih sesuai. Kalau tidak, Spirit Visage + Runic Armor mastery + Tactical Sweep (W) = heals!

Quicksilver Sash: Jika musuh ada CC yang kuat (Malzahar, Warwick, etc) anda patut beli QSS. Pada lategame boleh menjadikannya Mercurial Scimitar.

Mercurial Scimitar: Jangan lupa bahawa Mercurial juga boleh diguna untuk +50% Movement Speed.


Item Build

Hunter for Pick Comp

Ini merupakan build yang terbaik JIKA team pandai followup dan ada burst. Cuma guna build ini jika teammate boleh dipercayai.

Build ini langsung tiada Magic Resist, jika anda kejar terlalu berhadapan, you WILL die.


Item Build Alternatif

Split Push Camille

Jika hendak split push, Zz’rot’s Portal Camille merupakan pilihan alternatif. Dengan passive Titanic Hydra dan Sunfire Cape, kita boleh split push dan melarikan diri bila dikejar dengan Hookshot (E). Boots of Lucidity untuk memberi CDR dan mengurangkan cooldown Teleport. Cuma menggunakan pilihan ini jika team comp musuh lebih kuat untuk teamfight dan mempunyai banyak AoE dan menafikan pilihan teamfight.


Penggunaan Build dan Skill

Trading Point Blank

  

Guna kombo ini jika musuh berada di hadapan anda.

Auto attack >  Precision Protocol (Q): Q boleh reset masa auto attack, maksudnya boleh auto-attack dua kali serta merta!

Tactical Sweep (W): Dengan movement speed dari Q (dan saya harap anda ada Movement Speed Quints), patah balik semasa channeling W. Guna zon luar W untuk hentam sasaran sebab zon luar ada slow dan %HP damage.

Auto attack >  2nd Precision Protocol (Q): Sekali lagi, sama seperti tadi!

Jika musuh di dalam kill range (low health), guna Hookshot (E) atau Hextech Ultimatum (R) untuk kejar selepas kombo.


All-In/Teamfight

Hookshot     

Mungkin ini melihati susah untuk guna, tetapi senang sebenarnya.

Hookshot (E) ke arah sasaran anda, kalau boleh, stun dia juga.

Jika team berdekat, Hextech Ultimatum (R) serta-merta. Jika tidak, menggunakannya pada pengakhriran kombo.

Guna kombo yang sama dalam Trading Point Blank.

Auto attack >  Precision Protocol (Q) > Tactical Sweep (W) > Auto attack >  2nd Precision Protocol (Q)


Teamfight role

Dalam sesuatu teamfight, Camille merupakan champion untuk engage dan lockdown carry musuh. Walaupun anda boleh kejar dengan Hookshot, jangan lupa teammate anda tidak! Jika engage terlalu awal, kamu akan dibunuh sebelum team boleh memberi backup. Untuk menguasai Camille, anda perlu erti engage pada masa yang sempurna.

Post Berkaitan

Comments