Playing from Behind
Kalah laning phase? Early game sudah koyak? Panduan ini mungkin boleh menyelamatkan ELO anda!
Asas | December 3, 2016 | By TinyTeemo

Adakah wujudnya fo rmula untuk menang game dimana anda tengah feed?

Jawapannya sebenarnya…tidak. Tetapi ada beberapa tips untuk anda “equalize” dengan musuh.

Artikel ini akan dibahagi kepada 4 bahagian: Maksud Behind/Laning/Jungling/Mid hingga Late Game

pfb-neversurrender


Apakah maksudnya playing from behind?

Mari saya beri situasi untuk anda bayangkan:

Awak tengah bermain ADC, jungler anda mari ke bot lane untuk gank. Tetapi semasa anda engage, jungler musuh sudah menunggu dan menolong musuh counter-gank, musuh Top pun Teleport, tiba-tiba sesuatu yang kamu sangkah 3v2 telah menjadi 3v4! Ketiga-tiga ahli team kamu mati, apatah semua kill diberi kepada ADC musuh. Sekarang dia ada First Blood gold dan tiga kill punya gold. Anda telah diletak di posisi Behind.

Semasa playing from behind:

  • Anda ada kekurangan gold dibandingkan musuh.
  • Maksudnya anda juga mempunyai kurang stats dan disadvantaged dalam lane
  • Tidak boleh menang dengan brute force

So what do you do? Kamu main secara bijak/effisien. Inilah objektif semasa bermain secara behind:

  • Mendapat gold yang selamat (Safe Gold per Min)
  • Mengambil team objective yang selamat
  • Mengekalkan vision untuk menafikan gank, roam atau musuh mencuri objektif

pfb-laning

  • Jangan trade dengan musuh atau memberi musuh peluang untuk harrass
    • Anda kekurangan gold dan item, jika trade anda cuma memberi peluang kepada musuh untuk bunuh anda.
  • Poke dan CS secara selamat
    • Playing from behind bukannya main secara pasif sepenuhnya, jika ada peluang untuk poke anda boleh cuba.
    • Poke semasa skill musuh cooldown, dia tidak boleh poke balik.
    • Mengambil CS semasa skill musuh cooldown, dia tidak boleh poke atau harrass.
  • Beli item defensive
    • Champion ada base damage yang boleh menaiki semasa level up, tetapi defenses tidak. Jika beli item defensive, kamu juga boleh bertahan semasa laning.
  • Bertetap di turret
    • Jika anda berada dibawah turret, susah untuk musuh bunuh anda kecuali tower dive (dan ini mungkin boleh dijadikan outplay!).
    • Kalau musuh tengah roam ke lane yang lain, ping teammates supaya mereka boleh menafikan gank dia. Masa yang musuh invest untuk gank akan dinafikan.
    • Jika musuh roam, farm dalam lane, jangan ikut dia. Kalau ada perang, anda masih akan kalah sebab tiada gold dan item.
  • Membeli potion
    • Anda mungkin perasan bahawa tips semua adalah cara untuk bertetap dalam lane, potion adalah sesuatu cara yang stabil.
    • Bertetap dalam lane maksudnya anda boleh dapat Experience, level up dan dapat base damage secara skill points.
    • Bertetap dalam lane juga maksudnya lebih banyak peluang untuk dapat gold yang selamat.
  • Tunggu gank
    • Ini tip yang obvious sikit, tetapi anda patut tunggu jungler/laner lain untuk gank.
    • Jangan engage secara berdirian
  • Biar team carry anda
    • Jangan anggap sebab anda bermain carry role anda tetap akan carry. Feeders are not carries. Jangan mati atau feed supaya team tidak susahlah sangat untuk carry.
  • Aggressive selepas beli item defensive (jika anda main tank)
    • Jika anda bermain tank, selepas membeli item defensive, anda besar kemungkinan boleh outscale musuh.
    • Item defensive boleh counter damage musuh, jadi anda boleh cuba trade.

pfb-jungling

Mentaliti Jungler dengan laner sama juga jika playing from behind: don’t feed, don’t die, survive

  • Mengelakkan Jungler musuh
  • Farm dalam Jungle
  • Mengelakkan 2v2 atau gank
  • Jangan main secara agresif
    • 4 tip ini ada mentaliti yang sama: kamu tiada gold dan tiada stats untuk lawan secara “adil”
  • Gank secara selamat
    • Jika ada pushed lane dan musuh telah overextend, itu boleh dijadikan kill percuma.
    • Gank semasa ada vision tentang Jungler musuh, cari 2v1.
  • Support lane yang menang
    • Sama seperti konsep “biar team carry anda”
    • Menolong memberi vision/ward kepada lane yang menang
    • Gank atau memberi backup supaya dia boleh carry team anda.
  • Beli Ward/Tracker’s Knife
    • Memberi utiliti kepada team secara vision.
    • Menafikan gank atau roam musuh.
    • Memberi peluang untuk anda farm sambil menolong team.
    • Sebab anda tidak bermain secara agresif, anda tidak patut beli Stalker/Skirmisher’s Knife.
  • Don’t rush Dragon early
    • Dragon tidak memberi banyak EXP, jangan cuba Dragon jika anda Level 5 atau kurang.
      • Ini bukannya “Don’t do Dragon”, ini bermaksud “Don’t Rush dragon”
    • Dragon ada banyak HP, ia akan mengambil masa anda.
    • Masa yang boleh diguna untuk clear dua hingga tiga camp.
    • Tiada EXP, maksudnya anda akan dijadikan lebih behind.

Mid hingga Late Game

  • Numbers Advantage
    • Engage cuma kalau anda pasti musuh tiada backup.
    • Ada sesuatu ahli musuh di lane yang jauh
  • Don’t contest Dragon
    • Dalam situasi 5v5, team anda yang tiada gold tak akan menang team fight kecuali ada outplay yang hebat sangat.
    • Pergi cari objektif yang lebih senang
    • Ambil turret atau Herald
    • Curi buff musuh atau menempatkan ward di jungle musuh.
  • Stall the game/menunggu late game
    • Jangan cuba engage, biar team farm.
    • Clear minions atau wave clear, dan musuh tidak boleh push.
  • Split push
    • Untuk sampai late game, anda perlu menarik perhatian musuh.
    • Sebelum split push, menempatkan wards untuk vision.
    • Semasa musuh mengejar, anda berundur dan menafikan musuh bunuh awak.
  • Tunggu musuh throw
    • Pada tahap late game, satu kematian boleh beri impak yang besar.
    • Pemain bukannya sempurna, lambat-laun mereka akan membuat kesilapan.
    • Pada masa itu, anda boleh menghukum dia.
  • WARD
    • Dengan ward, anda ada vision untuk kaunter penggerakkan musuh.
    • Boleh merancang strategi dan membuka peluang untuk bunuh, split push atau ambil objektif.

Post Berkaitan

Comments