Apa Komen Pengurus SKT T1 terhadap Huni?
Apakah yang boleh kita jangkakan dengan pengambilan Huni?
Antarabangsa | December 6, 2016 | By HalleBerry

Musim off-season ini merupakan musim yang agak mengujakan buat pasukan SKT T1 dengan beberapa pengambilan dan pelepasan pemain-pemain hebat. Dengan pengumuman pengambilan Heo “Huni” Seung-hoon sebagai pemain baharu mereka pada hari khamis yang lalu, maka sempurna sudahlah roster pasukan League of Legends yang pernah memenangi dua World Champions. Sebagai salah seorang pemain untuk pasukan LoL terhebat di dunia, agak-agaknya apakah komen pengurus SKT T1 terhadap pemain top laner itu?

twitter-skt-on-huni

Huni dijangkakan untuk menunjukkan potensi besar untuk pergi lebih jauh mengikuti jejak pemain-pemain terhebat dunia seperti champion dunia Lee “Duke” Ho-seong. Dalam temu bual OSEN bersama ketua pengurus SKT T1, Choi Byung-hoon, beliau bercakap tentang pengambilan baharunya itu serta meluahkan pandangannya terhadap Huni.

 

skt-coach

 

Dari beberapa sudut, Huni kelihatan sebagai seorang pemain yang paling berpotensi untuk berkembang dengan lebih jauh,” ujarnya. “Saya merasakan bahawa dia seorang pemain yang mudah dibentuk. Saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang menarik.

 

huni

 

Pengambilan Huni sebagai pemain baharu SKT T1 diterima sebagai suatu kejutan. Walaupun bekas pemain Immortals ini telah mengecapi pelbagai kejayaan dengan bekas pasukannya, pakar-pakar pada sebelum itu meramalkan calon-calon pemindahan SKT T1 termasuk pemain-pemain seperti Ssumday an Ikssu. Namun, Huni juga tetap pilihan SKT T1. Pada musim ini, Huni akan menyertai pasukan yang terdiri daripada barisan pemain hebat seperti Peanut dan Faker.

 

HB menjangkakan musim LCK ini akan menjadi musim di mana pasukan-pasukannya akan bersaing dengan amat sengit. Adakah mereka akan mempertahankan kejuaraan mereka lagi dalam World Champion pada musim ini? Apakah jangkaan anda? Kita hanya perlu tunggu dan lihat…

 

raw

Post Berkaitan

Comments