Ranked di Season 7
Perbezaan Ranked Solo/Duo dan Flex dan bila ia akan bermula
Analisis | December 6, 2016 | By Red

2017-season-update-banner

Satu daripada perubahan besar di Musim ke 7 League of Legends ialah bagaimana permainan di rank berfungsi. Walaupun pre-season sudah berlalu hampir sebulan, Red pasti masih ramai tidak begitu pasti dan faham dengan perbezaan Solo/Duo queue and Flex queue.

 

Pada musim sebelumnya, rank hanya boleh dimainkan secara solo atau duo, ini bermakna kamu hanya boleh bermain seorang diri atau dengan hanya seorang kenalan. Tapi pada musim lepas, Riot telah mencuba sesuatu yang baru dengan Dynamic Queue yang membenarkan pemain untuk bermain (queue) di rank sehingga 5 orang (full team).

 

Apa yang positif pada perubahan musim lepas ialah kamu boleh memilih posisi untuk dimainkan tetapi untuk pemain solo berlawan dengan kumpulan yang dimainkan oleh 5 orang yang kenal antara satu sama lain, ia merupakan sesuatu yang mencabar kerana kerjasama mereka mengalahkan kekuatan pemain solo dan ini memberikan mereka kelebihan terutamanya dalam team fight dan rotation.

 

Jom tengok apa perbezaan kedua-dua Ranked queue tersebut:

perbezaan-soloduo-dan-flex-rank

 

Rank bagi musim ke 7 secara rasminya adalah pada patch 6.24, dan ia dijangka akan bermula pada 7 Disember 2016. Klik imej dibawah untuk melihat countdown terkini.

 

Post Berkaitan

Comments