Samsung Galaxy Mengekalkan Barisan Pemain
SSG mengekalkan pasukannya namun masih teragak-agak untuk mengekalkan seorang pemain.
Antarabangsa | December 7, 2016 | By HalleBerry

Pemenang tempat kedua World Championship League of Legends 2016, Samsung Galaxy, mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan barisan pasukan permulaan Worlds 2016 mereka. Pengumuman yang dikeluarkan di halaman Facebook rasmi mereka pada hari khamis yang lalu bermaksud barisan pasukan yang akan bertanding dalam musim 2017 terdiri daripada Lee “CuVee” Seong-jin, Kang “Ambition” Chan-yong, Lee “Crown” Min-ho, Park “Ruler” Jae-hyuk, Lee “Stitch” Seung-jun dan juga  Jo “CoreJJ” Yong-in. Namun begitu, keputusan untuk mengekalkan support gantian Kwon “Wraith” Ji-min masih belum dibuat, menurut laporan dari Inven Global.

 facebook-ssg-lineup-2017

 

Dalam kalangan pasukan Korea Selatan, SSG merupakan satu-satunya pasukan yang mengekalkan sebahagian besar daripada roster mereka. Pasukan-pasukan seperti SKT T1, ROX Tigers, KT Rolster, Longzhu Gaming dan Afreeca Freecs telah membuat pelbagai perubahan terhadap barisan pemain mereka dalam musim off season ini.

Pada musim 2016 yang lalu, SSG terpaksa tunduk pada SK Telecom T1 yang menjuarai World Championship LoL 2016 di Los Angeles’ Staples Center. Mereka terpaksa akur di tempat kedua, walaupun tetap membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $760, 500.

samsung-galaxy-2016

Baru-baru ini juga, mereka telah bertanding dalam LoL KeSPA Cup 2016, di mana mereka telah mengalahkan RisingStar Gaming dalam pusingan kelayakan. Walau bagaimanapun, mereka menghabiskan siri itu pada tempat ke5-ke-8 setelah dikalahkan 2-1 oleh ESC Ever dalam perlawanan suku akhir.

Keputusan berkenaan pengekalan atau pelepasan Wraith dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

 

Senarai berikut merupakan barisan SSG 2017 yang terkini:

Lee “CuVee” Seong-jin (lane top)

Kang “Ambition” Chan-yong (jungle)

Lee “Crown” Min-ho (lane mid)

Park “Ruler” Jae-hyuk (ADC)

Lee “Stitch” Seung-jun (ADC gantian)

Jo “CoreJJ” Yong-in (support)

collage-ssg

Post Berkaitan

Comments