KEITH bocor rahsia Echo Fox
Looper dan Santorin akan menyertai Echo Fox?
Antarabangsa | December 8, 2016 | By Red

echo-fox-probelter-keith-leaked

Buat silap masa bermain League of Legends tu satu perkara. Buat silap dan secara tidak sengaja membocorkan rahsia pemain baru yang akan menyertai kumpulan kamu  adalah satu perkara lain. Dan inilah yang berlaku kepada Yuri “KEITH” Jew. Semasa satu daripada stream permainannya, KEITH secara tidak sengaja terlupa untuk menutup microphone ketika sedang bercakap dengan Eugene “Pobelter” Park. Jadi kenapa ianya dijadikan isu? Mereka bercakap tentang apa yang akan terjadi pada Echo Fox di 2017.

 

Nama yang disebut dalam perbincangan tersebut adalah sepeti Jang “Looper” Hyeong-seok dan juga Lucas “Santorin” Tao Kilmer Larsen. Dua sahabat itu juga bercakap tentang bagaimana Pobelter akan bermain support. Akan tetapi hanya suara Pobelter yang didengari. Berikut adalah sebahagian daripada perbincangan mereka.

 

“How did you guys manage to score Looper? Did he really just want to play in NA? Was there like some crazy numbers that Rick [Fox] was throwing at him? How did that happen?” – Pobelter

Daripada apa yang dikatakan oleh Probelter ketika stream itu berlansung, anda boleh mendengar Pobelter berkata “Bagaimana kamu boleh mendapatkan Looper? Dia betul-betul mahu bermain di NA? Adakah Rick [Fox] memberikan tawaran tinggi kepada dia? Macam mana ia berlaku?”

 

Walaupun Fox tidak memberi kepastian tentang perkara tersebut, pemain yang akan bermain untuk Echo Fox pada musim depan mungkin akan kelihatan seperti berikut:

leaked-echo-fox-roster

Post Berkaitan

Comments