Penggunaan Lux semakin meningkat!
Semua ini gara-gara Elementalist Lux.
Uncategorized | December 8, 2016 | By Zharif Hamzah

All Lux Skin

Dengan tsunami Elementalist Lux menyerang League of Legends baru-baru ini, penggunaan Lux di Summoner’s Rift semakin meningkat!

Kita semua sedia maklum, mid laner kegemaran semua adalah Yasuo. Jarang Lux dimainkan di mid.

Kalau support pula, gara-gara Worlds, ramai dalam kalangan pemain kita yang memainkan Nami.

Tidak dilupa, populariti Miss Fortune sebagai support mencanak naik, gara-gara ROX Tigers menggunakan champion wanita seksi itu untuk menyokong ADC di bot lane.

Disebabkan oleh faktor-faktor ini, Lux yang amat terkenal dengan panahan lasernya yang membunuh, kurang kelihatan di Summoner’s Rift.

Lihatlah nombor di bawah, untuk mengetahui perbezaan ketara penggunaan Lux, sebelum dan selepas Elementalist Lux dilancarkan.

Elementalist Lux StatsNombor ini merangkumi pemain League of Legends di Malaysia dan Singapura.

Terima kasih kepada Elementalist Lux, penggunaan Lux telah meningkat sebanyak 150%!

Adakah ini satu petanda yang baik atau buruk? Berikanlah pendapat korang di ruangan komen di bawah.

Post Berkaitan

Comments