Wajah Baru SKT!
Juara Worlds tiga kali itu tampil dengan struktur baru, meskipun masih mengekalkan beberapa tonggak utama.
Antarabangsa | December 8, 2016 | By Ng Kok Len

Ia adalah musim perubahan roster dalam League of Legends, dengan setiap pasukan mendapatkan pemain mereka yang ditetapkan sebagai persediaan untuk tahun depan. Antara mereka yang membuat perubahan adalah juara Worlds 2016, SK Telecom yang akan menyaksikan pemergian Bae ‘Bengi’ Seong-woong dan Lee ‘Duke’ Ho-seong.

peanut-thumbnail
Pendatang baru, Peanut

Ia bukan kali pertama pasukan itu membuat perubahan selepas memenangi Worlds, dengan Duke sendiri menyertai selepas SK Telecom memenangi Musim 5 World Championship. Turut meninggalkan pasukan adalah bekas pemain, Lee ‘PoohMandu’ Jeong-hyeon daripada kakitangan kejurulatihan.

Ia satu perubahan ke tahap yang menandakan berakhirnya era, dengan Musim 7 bakal menjadi yang pertama sejak debut pasangan dalam Musim 3 buat Bengi dan Lee ‘Faker’ Sang-hyeok tidak bermain bersama-sama. Dikenali sebagai “tangan kanan Faker”, Bengi adalah seorang wira pasukan di Worlds tahun ini, sentiasa bersedia dan saling bertukar peranan bersama ‘Blank’ dan membantu pasukan untuk kemenangan, tetapi prestasinya sepanjang tahun ini tidak begitu konsisten.

Dilaporkan bahawa empat pemain yang bertanding untuk SKT pada Worlds tahun ini telah ditandatangani semula dengan pasukan, dengan superstar mid Laner, Faker nampaknya menerima kenaikan gaji.

faker-bengi
2 nadi penting SKT musim lepas, Bengi dan Faker

Tidak ada perkataan lagi sama ada SKT akan mengambil satu lagi Jungler untuk menjadi pengganti pada posisi itu seperti apa yang miliki dua tahun yang lalu, atau akan menggantikan Duke di top lane. Dengan Song ‘Smeb’ Kyung-ho telah disertakan, spekulasi bahawa bekas top-Laner KT Rolster, Kim ‘Ssumday’ Chan-ho mungkin menjadi sasaran SK Telecom.

skt-logo-2

Senarai pemain SK Telecom T 1 yang terkini:

  • Top Lane: Huni
  • Jungle: Peanut
  • Mid: Faker
  • AD: Bang
  • Support: Wolf

 

Post Berkaitan

Comments