5 Champion yang boleh menjadi Elementalist
Ada champion lain yang berpotensi menjadi Elementalist!
Komuniti | December 9, 2016 | By Zharif Hamzah

4 Elementalist Lux

Baru ada satu skin Elementalist. Kita patut ada lebih daripada satu.

 

brand_from_league_of_legends_by_longai-d4cqo8g

1. Brand

Kalau kita ingat api je, kita ingat Brand. Brand dan api memang tidak boleh dipisahkan. Bagai isi dengan kuku.

Tapi, apa salahnya kalau kita ubah sikit ciri Brand dalam Elementalist Brand? Kalau Pool Party Miss Fortune boleh tukarkan peluru dia jadi kelapa lah,  jadi bola lah, apa salahnya Elementalist Brand boleh keluarkan air pulak dalam bentuk Water dia? Mesti gempak!

Kita jadikan Fire, Base kepada Elementalist Brand. Lepas itu, Brand boleh tukar jadi Water, lepas itu Nature. Bosanlah Brand asyik main api je. Baru best kalau Brand boleh main dengan elemen lain!

Dan mana tahu, bile keluar Elementalist Brand, penggunaan Brand di mid semakin meningkat. Lagi bagus lawan Brand daripada lawan si mamat Jepun, si Yasuo itu.

 

garen_by_ninra-d72sy1g

2. Garen

Duhh, Garenkan abang Lux. Kalau Lux ada Elementalist, Garen pun kenalah ada Elementalist jugak. Macam Steel Legion. Ada Steel Legion Lux, ada Steel Legion Garen. Seperti itu.

Nanti bila Garen pusing-pusing pakai bentuk Fire, keluar api. Dalam bentuk Water, keluar air terpercik-percik ke merata tempat. Percikan air itu memberikan damage kepada enemy champion. (Uishhh OP itu!) Dalam bentuk Air, keluarlah tornado mengalahkan tornado Janna. Haha.

Lagipun dah lama dah Garen tak ada skin baru yang unik. Berikan skin baru kepada Garen yang lebih kacak daripada Yasuo itu.

 

nami_by_carlo_marcelo-d87tjh7

3. Nami

Oh, ini memang wajib! Elementalist Nami. Yes yes yes! Dalam bentuk Magma, waktu Nami  ult, dia mengeluarkan tsunami lava.

Ya, tsunami lava! Lava berapi yang panas! Kita nak enemy champion cair bila terkena tsunami lava itu. (Oopsss, kejam sangatlah pulak.)

Dalam bentuk Storm, bila Nami keluarkan bubble je, keluar bunyi petir. Dia tekan W, keluar bunyi petir.

Bila enemy terkena bubble Nami dalam bentuk Ice, enemy itu terbeku kejap dalam masa beberapa saat. Like, betul-betul beku. Perghh… hebat.

 

jhin_by_silentandsullen-dapsdok

4. Jhin

Jom kita senaraikan champion baru yang keluar, baru-baru ini.

  • Illaoi: Okay, minah ini popular jugaklah.
  • Aurelion Sol: (Orang tak nak mainkan champion yang langsung tak pandai nak menyorok dalam brush.)
  • Taliyah: Krik krik krik krik.
  • Kled: Hmmmm, popular kejap, pastu dah tak nampak dah kat Summoner’s Rift.
  • Ivern: Samalah macam Kled.
  • Jhin: Pilihan kegemaran ADC, pernah dimainkan dalam Worlds 2016.

Kesimpulannya, Jhin adalah champion baru yang paling popular. Tapi berapa skin yang dia ada?

Satu.

Jhin hanya ada SATU SKIN!

Jhin memerlukan lebih banyak skin baru. Berilah kasih sayang kepada Jhin. (Pasal Urgot itu, kita bincang kemudian.)  Kalau Jhin nak skin baru, apa salahnya, kita hasilkan Elementalist Jhin.

Bila Jhin ulti je, kalau dia dalam bentuk Storm, pelurunya bertukar menjadi petir. (Habislah kau Hercules, kau ada kawan yang lagi kuat daripada kau.)

 

Jadi, itulah 4 champion yang boleh menjadi Elementalist. Korang rasa, champion mana yang sesuai jadi Elementalist? Boleh undi di bawah.

Post Berkaitan

Comments