Apakah sebab pemain memilih role utama mereka?
Mesti ada sebabkan korang asyik nak main ADC je? (Dan juga role yang lain.)
Komuniti | December 13, 2016 | By Zharif Hamzah

5 champions

Kita bermain League of Legends untuk berseronok. Apabila bermain di Summoner’s Rift, kita kadang-kadang terikat dan berasa selesa untuk bermain dengan role yang kita biasa mainkan. Kita panggil, “itulah role utama kita”. Ada banyak yang suka main ADC. Begitu juga dengan jungle.

Justeru,  artikel ini akan menyingkap, apakah sebab-sebab para pemain berasa selesa dengan satu role itu sahaja. Ini bermakna, mungkin pemain itu boleh bermain role lain, tapi dalam champion select, dia mesti nak main role yang dia biasa mainkan jugak. Apakah sebab-sebabnya? Teruskan membaca.

 

1sun_wukong_by_genzoman-d9r3uqf

1. Top

Tak payah fikir dua kali. Pemain top ini suka main top sebab top itu solo. Itu je. Lane itu, hanya untuk dia seorang. Senanglah nak naik experience.

Ada pemain, dia nak farm dengan aman. Top adalah pilihan ideal. Tak ada orang lain nak curi creep score.

Tambahan lagi, enemy jungle taklah selalu gank top. Lazimnya bot menjadi pilihan jungle untuk gank. Mid pun sama, senang jungle nak gank. Tapi di top, dia nun jauh di barat laut.  Jadi, walaupun ada jungle gank top, dia gank sekala-sekala jaaa.

Pemain yang suka main tanky champion pun akan main top. Ya lah, takkan lah main ADC nak tank kot. Haha.

 

2veigar_by_alben-d7347gy

2. Mid

Sama macam kes top di atas tadi. Orang nak main mid sebab mid itu solo.

Tapi, selain itu, mid menjadi kegemaran kerana dengan berada di mid lah, para pemain boleh bermain champion mage dengan ability power yang tinggi.

Champion mage pun boleh menjadi support sebenarnya, tapi sebagai support, tindakannya seorang support amatlah terhad. Kalau di mid, nak bunuh banyak orang berkali-kali pun tak apa.

Sebagai contoh,  Lux support, alahai. Tapi bila Lux mid, sekali kau , enemy boleh mati.

Tidak dilupa, si Veigar itu, OP sangat. Cast dua kali skil je, terus mati enemy. Dahsyat.

Karma bila main mid, sakit kalau kena AP dia.

Dan korang pernah try Sona jadi mid laner? Sona boleh carry game, kalau item dia betul, dan dia pandai bawa diri apabila dia bermain solo di mid.

Kesimpulannya, orang yang gemar main mid ini, dia memang nak aniaya enemy champion. (Macam Yasuo, dia kan mid laner.)

Dan Faker adalah seorang mid laner. Nak ikut idolalah katakan. Faker main mid, semua orang nak main mid.

 

3caitlyn_lol_by_ningyee7-d56s4s9

3. ADC

Masuk je champion select, tak usah beranganlah kau nak main ADC. Akan ada orang cop dulu role itu sebelum kau masuk chat room untuk champion select. Di server Malaysia Singapura ini, semua orang gila nak jadi ADC.

Kenapa semua orang gila nak jadi ADC? Sebab semua pemain kita gila nak dapatkan banyak kill. Sampai ada orang kata, orang yang main support itu,  adalah orang yang paling memalukan, sebab tak dapat kill. “Apa keseronokannya,” kata dia. Haih.

Semua pemain kita yang naik main ADC ini, mempunyai impian di hati nak dapatkan double kill, triple kill, quadra kill, dan pentakill. Sebab itu semua nak main ADC.

Natijah lagi,  main ADC ini senang je. Kau hanya perlu pandai last hit minion. Selagi kau bagi damage kenapa enemy team, tak ada masalah yang akan berlaku. Tugas ADC cuma bagi damage je.

Tapi kalau kau tak pandai nak last hit minion, bermain ADC akan menjadi susah untuk kau.

 

4league_of_legends__braum_by_ariss18-d7fl98y

4. Support

Tak banyak pemain yang suka main support. Namun, kita tetap ada beberapa pemain support yang setia untuk menjadi support.

Menjadi pemain support ini mudah. Dalam ranked, bila kau mintak nak main support, kau akan dapat punya main support. Sebab pemain support tak ramai.

Dalam normal game, kau berasa lega, sebab kau tak perlu berebut role dengan orang lain, sebab tak ada orang yang nak main support.

Dan sebagai seorang pemain support, kau relax je. Kau tak perlu fikir pasal nak dapat kill. Tak perlu fikir pasal nak carry game. Sebab tugas kau cuma poke enemy sikit, heal atau shield ADC kau, dan ward.

Ya, ward! Ward sangat penting!

Kebahagiaan seorang pemain support adalah apabila ADC yang dia lindungi dapat kill dan dia menjadi fat. Dia bangga apabila KDA nya jadi 0/0/25. Yang penting dapat assist. Kill tak dapat, lagi happy.

Tapi, kalau dapat kill, best jugak. Orang kata kita KS (kill secured, bukan kill steal).

 

master_yi___the_wuju_bladesman_by_nhazul_anims-d4r4lsg

5. Jungle

Seperti  yang dinyatakan pada awal artikel tadi, ramai pemain kita yang suka main ADC. Pemain jungle pun sama. Ramai nak belasah monster kat jungle itu. Tapi kenapa?

Sama seperti ADC, para pemain jungle ingin bermain jungle kerana mereka pun berfikir yang mereka boleh carry game.

Jika jungle gank dengan betul, yes, seorang pemain jungle boleh carry game dengan mudah.

Antara sebab lain seorang jungle ingin bermain jungle adalah; dia berasa dia dah menguasai cara nak main di top, mid, dan bot; dia ingin mencuba angin baru.

Dah master semua lane kan? Apa salahnya main jungle pulak, kan?

 

Jadi, apakah role yang paling kau suka mainkan? Boleh undi di bawah.

Post Berkaitan

Comments