Faker: “All-Star ialah tempat untuk menunjukkan kelas”
Faker masih mahu membuktikan diri.
Antarabangsa | December 13, 2016 | By HalleBerry

Acara terakhir pada tahun ini – League of Legends All-Star Event 2016 telah berlangsung di Barcelona, Sepanyol sepanjang hujung minggu ini bermula pada hari Khamis yang lalu. Ia merupakan acara di mana kebolehan individu-individu yang berbakat yang dipecah ke dalam dua pasukan – Pasukan Fire dan Pasukan Ice – akan diuji dan diakhiri dengan penobatan pemenang pasukan.

Pasukan Ice membuktikan kejaguhan mereka dengan gabungan pasukan LPL, EU LCS dan LMS setelah mengalahkan Pasukan Fire yang terdiri daripada gabungan pasukan LCK, IWC, dan NA LCS dengan kemenangan mata sebanyak 1100 (Pasukan Ice) ke atas 850 (Pasukan Fire).

all-star-2016

final-matchup-ase-2016

Senarai Petanding ASE 2016

 

Salah seorang pemain professional pada ASE 2016 yang lalu, Faker, antara wakil Pasukan Fire juga telah terlibat dalam perlawanan besar itu. Walaupun tumpas menentang Mata pada hari Sabtu yang lalu, Faker tetap optimistik terhadap kebolehannya.

faker-1

Adakah anda mahu menyapa peminat-peminat anda?

“Saya rasa saya tidak begitu menyerlah dalam All-Stars ini. Rakan sepasukan saya bermain dengan baik, jadi saya hanya mengikut mereka. Saya berharap anda mengikuti saya dalam meneruskan permainan.”

 

Anda tidak berasa bahawa pemain lane mid Korea yang lain akan berasa cemburu terhadap anda kerana anda selalu pergi ke All-Stars?

“Pada mulanya mereka cemburu, lama-kelamaan mereka mula malas untuk berasa cemburu, saya rasa. [ketawa]”

 

Pendapat anda mengenai 1v1?

“Mata meminta cermin Yasuo terlebih dahulu, dan saya menerima tanpa berfikir panjang. Saya tahu para peminat menanti-nantikannya, tetapi sejujurnya, saya tidak berasa begitu. Naluri saya mengatakan bahawa saya akan kalah. Akhirnya, saya betul-betul kalah.”

 

Bagaimana suasana bermain dalam pasukan LCK All-Star pada tahun ini?

“Suasana pasukan pada tahun yang lepas lebih tenang dan senyap. Bezanya kali ini adalah semua orang menjerit-jerit dan memekik dalam permainan tahun ini. Mungkin semua orang mempunyai pendapat masing-masing, termasuk diri saya sendiri [ketawa]. Suasana kali ini lebih riuh-rendah, tetapi semua orang bermain dengan baik. PraY dan Smeb telah menceriakan suasana.”

 

Bjergsen mengingati Hourglass Rengar yang anda gunakan pada tahun lalu. Adakah anda mempunyai perancangan yang menarik untuk Mod Assassin pada tahun ini?

“Saya ingin melakukan sesuatu yang menyeronokkan sekali lagi, tetapi saya masih belum mempunyai apa-apa perancangan. Saya akan memilih mengikut naluri.”

 

Kedengaran para penonton melaungkan nama anda berkali-kali. Adakah anda mempunyai apa-apa untuk disampaikan kepada peminat-peminat Sepanyol anda?

“Saya telah pergi ke banyak kejohanan antarabangsa, dan saya bersyukur kerana saya mempunyai penyokong di setiap tempat itu. Peminat-peminat EU dan NA sentiasa bertenaga, tetapi saya rasa peminat-peminat Spenyol amat hebat. Sorakan mereka adalah yang paling nyaring. [senyum]”

 

Apakah All-Stars bagi anda?

“Acara ini adalah peluang untuk saya membuktikan kebolehan saya, selain acara pengakhiran tahunan. All-Stars ialah tempat di mana anda boleh menunjukkan kelas. Ia sememangnya acara untuk berseronok, tetapi anda hanya akan berasa seronok jika anda berkebolehan.”

Post Berkaitan

Comments