East Coast Championship Live Update (Part1)
Live dari East Coast Mall Kuantan, ketahui progress dan status pertandingan Pantai Timur ini.
TLC/Malaysia | December 17, 2016 | By abang dots

17/12/2016
Kami berada di East Coast Mall (ECM) untuk hadir buat pertandingan East Coast Championship (ECC) anjuran Garena! Di sini kita akan ketahui siapakah sebenarnya pasukan paling handal di bahagian Pantai Timur Malaysia! Jika anda terlepas peluang untuk ketahui pasukan manakah yang berada di ECC, click link ini untuk mendapat infomasi mereka. Artikel ini seperti live stream dan setiap 2 jam akan berlaku update!

Nantikan update dari saya, AbangDots
Live Video Streaming CLICK SINI!! 
Kalau terlepas, sila baca di bawah untuk rumusan!

despo-1Pasukan DESPO daripada Terengganu!

genius-5-1Pasukan Genius 5 daripada Pahang

cha-cha-chaa-1Pasukan Cha Cha Chaa daripada Pahang

devilement-1Pasukan Devilment daripada Kelantan

 

12.30 – Game 1
Despo (TGANU) – Genius5 (PHG)

 

Rumusan:
Perlawanan pada awalnya terdapat banyak pertempuran kecil di setiap lane. Top lane merupakan pertempuran di antara Trundle (D) dan Poppy (G). Pada awalnya pertempuran mereka sekadar damage sedikit dan terdapat banyak exchange of damage tetapi tiada yang critical. Mid lane pula merupakan perlawanan di antara Viktor (D) dan Lux (G) yang banyak menghasilkan play kecil dan berbisa oleh kerana damage output mereka yang tinggi. Pada awalnya Lux mendominasi lane kerana sifat Viktor yang memerlukan farm untuk menjadi effektif. Di bottom lane pula merupakan peretempuran di antara pasangan Braum&Jhin (D) menentang pasangan Vayne&Nautilus (G). Sebenarnya saya tak dapat nak gambarkan pertempuran bawah kerana kedua adc fokus pada farming dan tidak memberi impak pada awal game. Di jungle pula, merupakan persaingan di antara Lee Sin (D) dan Zac (G). Di sini, saya berpendapat bahawa kedua jungler memberi impak yang sangat tinggi dari awal sehinggalah akhir game. Loncatan azimat Zac telah banyak membuat engagement, sama seperti tendangan kejutan Lee Sin.

Pengubah segalanya bermula apabila Trundle menjadi tanky, Viktor boleh membuat burst dan juga Jhin mendapat farm yang secukupnya. Saya bukan nak melupakan Braum yang banyak menyelamatkan pasukannya dengan ulti dan shield beserta dengan Lee Sin yang memberi disrupsi pada backline pasukan Genius tetapi ini semua tidak terjadi sebelum minute ke 20 di mana pada awal game, pasukan Genius 5 mendominasi perlawanan. Despo hanya mampu kembali semula selepas minute ke 20.

Pemenang: Despo
Kill: Despo 19 – 20 Genius 5
MVP: Jhin&Viktor

viktorjhin

 

 

2.00- Game 2
Cha Cha Chaa (PHG) – Devilment (KLTN)

Rumusan:
Buat kali pertama di pertandingan di tanah air, kita dapat saksikan pemilihan champion baru iaitu Camille! Pemilihan Camille disabut dengan hangat oleh penonton kerana mereka tidak sangkakan pasukan Pantai Timur telah berlatih dan bersiap sedia menggunakan Camille dalam meta . Di Top lane, kita dapat saksikan perlawanan di antara Gnar (C) dan Maokai (Dev). Seperti biasa, tiada aksi awal yang memberi impak besar pada game di mana mereka berdua banyak exchange of damage tetapi oleh kerana kedua mereka sangat tanky, tiada insiden yang significant berlaku. Di Mid lane pula, kita saksikan perlawanan di antara Lisandra (C) dan Orianna (Dev). Pada awalnya Lisandra banyak ditolak ke belakang oleh Orianna dan dia banyak bermain safe. Di bottom lane pula, kita saksikan pasangan Kaitlyn&Taric menentang pasangan Janna&Vayne. Di sini pula, kita support masing-masing banyak menyebabkan berlaku stalemate. Stalemate adalah di mana keadaan menjadi seri, Taric seoran defensive support yang kuat manakala Janna pula walaupun hybrid di mana dia bagus untuk counter dan defensive, keadaan menjadi seri.  Jungle pula kita saksikan champion baru Camille (C) dan Zac (Dev). Zac memberi impak awal pada teamnya dan berjaya menambah jumlah kills awal pada Devilment.

Pasukan Devilment mendominasi early game dengan kehadiran Zac (Dev) tetapi apabila keadaan game berubah di mana mereka banyak ‘stick’ berpasukan, pasukan Cha Cha Chaa semakin menyerlah. Di setiap pertempuran kita dapat lihat Gnar stun sekurang-kurangnya 3 champion musuh dan Camille mula melompat ke arah ADC Devilement. Ini secara tidak langsung melumpuhkan damage output buat pasukan Devilment yang seolah-oleh lumpuh apabila diserang dari belakang. Walaupun Vayne berjaya membalas dengan beberapa solo kill, yang betul-betul mengubah keadaan adalah apabila teamfight dan pasukan Cha Cha Chaa mendominasi.

Pemenang: Cha Cha Chaa
Kill: Cha Cha Chaa 26 – 11 Devilment
MVP: Gnar&Camille

camille-vs-nar

2.45pm- Game 3
Despo (TGANU) – Cha Cha Chaa (PHG)

Rumusan:

Kita dapat saksikan bagi game ketiga, ianya merupakan perlawanan winners bracket di antara Despo dan Cha Cha Chaa. Kedua pemenang dari game sebelum akan berlawan buat menjamin kedudukan di Finals East Coast Championship. Kedua-dua pasukan begitu ‘hyped’ dan bersemangat memasuki perlawanan.

Di Top lane,kita saksikan perlawanan di antara Maokai (D) dan Kennen (C). Di sini, berbeza daripada perlawanan sebelum, kita dapat saksikan bahawa Maokai mendominasi dan memberi impak dari awal sehinggalah akhir game. Maokai mendapat first blood pada awalnya dan setelah itu, dia kekal di top mendapat farm dan terus memperkukuhkan kedudukannya. Di Mid lane pula, kita saksikan perlawanan di antara Orianna (D) dan Syndra (C). Bottom lane pula kita saksikan stalemate di antara pasangan Jinx&Braum (D) dan Taric&Jhin (C). Jungle pula Lee Sin (D) dan Gragas (C) semakin giat bergerak dari lane ke lane.

Seperti yang dikatkan tadi, oleh kerana Maokai mendominasi dari awal perlawanan, kita dapat saksikan bahawa berlakunya ‘spill-over-effect’ iaitu oleh kerana top lane mendapat advantage yang ketara, dia berjaya memberi impak kepada semua lane terutamanya semasa team fight. Kennen bagaikan tidak memberi impak dan serangan ulti Syndra pula banyak ditepis Braum. Apatah lagi dengan shield Braum, dia berjaya block tembakan ke-4 Jhin yang memberi damage tinggi dan menyelamatkan ADC pasukannya sendiri Jinx.

Pemenang: Despo
Kill: Despo 31 – 15 Cha Cha Chaa
MVP: Maokai
maokai1

Post Berkaitan

Comments