EDward Gaming Umum Senarai Baru
Skuad EDG senaraikan jurulatih, NoFe serta bekas pemain ROX, Cry bagi menghadapi musim 2017
Antarabangsa | December 20, 2016 | By abang dots

EDward gaming mengumumkan roster LPL Spring 2017 mereka dengan Jeong “Nofe” Nochul dinamakan sebagai Jurulatih, bekas simpanan mid Laner ROX Tigers, Hae “Cry” Sungmin (dinamakan semula dengan Zet) sebagai AD Carry, dan kembalinya Zhao “Mitty” Zhiming sebagai pengganti Jungler.

edg-logo-2

EDward gaming telah beraksi baik di bahagian teratas League of Legends Pro League secara konsisten sejak pembentukan mereka pada akhir tahun 2013. Mereka telah berjaya ke World Championship tiga tahun berturut-turut, mara sehingga ke suku akhir, tetapi telah terkandas diperingkat tersebut.

Nofe menjadi jurulatih Tigers dari bulan November 2014, bersama dengan pasukan tersebut untuk dua World Championship (satu perlawanan akhir World Championship dan satu separuh akhir) sehingga roster split pada akhir 2016. ROX Tigers memenangi LCK Summer 2016.

Zet, yang sebelum ini dikenali sebagai Cry, bertindak sebagai pengganti mid laner untuk ROX Tigers. Dia telah beratur duo dengan Meiko sebagai AD carry pada klien Korea.

cry
Bekas pemain ROX Tigers, Cry sertai EDG bagi musim 2017

Mitty sebelum ini bermain sebagai pengganti AD carry, Jungler dan Top Laner untuk EDward gaming. Dia dipindahkan ke I Mei pada LPL Summer 2016, tetapi masih berkhidmat terutamanya sebagai pemain gantian.

Berikut adalah senarai Roster terbaru skuad EDward gaming untuk roster 2017:

  • Coach: Jeong “NoFe” Nochul
  • Top: Tong “Koro1” Yang
  • Top: Chen “Mouse” Yuhao
  • Jungle: Ming “Clearlove” Kai
  • Jungle: Zhao “Mitty” Zhiming
  • Mid: Lee “Scout” Yechan
  • ADC: Hae “Zet” Sungmin
  • Support: Tian “meiko” Ye

Post Berkaitan

Comments