Poaching dan Tampering
Larangan bagi pemain atau organisasi daripada mendekati pemain dari organisasi lain
Antarabangsa | December 20, 2016 | By Red

Maksud Poaching atau Tempering

Memujuk (walau dengan cara tidak lansung) seseorang untuk meniggalkan kumpulan atau organisasi dan menyertai kumpulan kamu. Terutamanya dengan menggunakan cara yang dilarang dan tidak jujur.

 

No Poaching or Tampering Rule

2016 Season Official Rules

“No Team Member or Affiliate of a team may solicit, lure, or make an offer of employment to any Team Member who is signed to any LCS team, nor encourage any such Team Member to breach or otherwise terminate a contract with said LCS team. Violations of this rule shall be subject to penalties, at the discretion of LCS officials.”

 

Pemain atau Organisasi yang telah dikenakan penalti 

bjersen-poaching-issue

clg-poaching-issueclg-and-doublelift-poaching-issue

 

Kenapa Poaching dilarang?

Adalah sangat penting untuk pemain menumpukan perhatian semasa musim berlansung. Poaching dan Tampering boleh mengganggu pemain daripada membuat persediaan dalam permainan dan membuatkan pemain tidak 100% komited dengan kumpulan dimana dia sedang bermain terutamanya jika ia ialah kumpulan atau organisasi lawan yang cuba untuk mempengaruhi pemain tersebut untuk menyertai mereka.

 

Risiko Poaching Rules

Masa yang diberikan untuk pemain untuk meneliti tawaran atau pilihan sama ada menyertai kumpulan lain atau menyambung kontrak dengan kumpulan sebelumnya adalah terhad. Setelah kontrak tamat, pemain boleh memilih untuk menjadi free agent tetapi ia akan membuatkan pemain tersebut kelihatan seperti tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan kumpulan asalnya dan menyebabkan dia kehilangan tempat walaupun hanya ingin mengambil masa untuk melihat tawaran lain.

 

Jadi adakah Poaching dan Tampering perlu? Pada pendapat Red, perkara tersebut tidak semestinya menjejaskan pretasi pemain. Malah memberikan pemain lebih peluang untuk mendapatkan tawaran kontrak yang lebih tinggi.

Post Berkaitan

Comments