Duke menyertai Invictus Gaming
Dari SKT T1 ke Invictus Gaming.
LCK/LPL | December 28, 2016 | By HalleBerry

duke-1

Invictus Gaming telah mengumumkan bahawa bekas pemain SKT T1 Lee “Duke” Hoseong telah menyertai roster mereka, menurut weibo pasukan mereka. Penyertaan Duke ke dalam Invictus Gaming menandakan bahawa pasukan tersebut telah melengkapkan roster mereka untuk LPL Spring Split 2017. Penyertaan tersebut berlaku sejurus selepas Duke membantu SKT T1 mengekalkan kejuaraan mereka di Worlds 2016 dan setelah penggantian posisi lane top-nya oleh Heo “Huni” Deung-hoon.

duke-skt

Pemindahan tersebut merupakan berita yang mengejutkan, namun khabar angin yang menyatakan bahawa Duke akan menyertai Invictus Gaming telah tersebar pada minggu-minggu yang lalu seperti khabar angin yang membincangkan perlepasan Liu “Zzitai” Zhihao, pemain lane top China ke Snake eSports.

Pemilik pasukan China itu Wang Sicong mengesahkan tambahan pemain itu secara tidak formal melalui perbualan stream pada 13hb Disember apabila peminat-peminat menanyakan tentang identiti pemain lane top Invictus Gaming untuk musim baharu.

Duke bermain lane top untuk SKT T1 di musim LCK 2016. Dia dikenali untuk split-pushing dan sikap tidak suka berkomunikasi dengan roster yang lain, tetapi pasukan tersebut masih berjaya memenangi World Championship 2016, LCK Spring Split 2016, IEM World Championship, dan Mid Season Invitational 2016. Duke berpisah dengan SKT pada masa yang sama dengan pemindahan pemain jungler Bae “Bengi” Seongwoond ke Vici Gaming.

skt-world-2016

Dengan penambahan Invictus Gaming ke lane bottom, JackeyLove dan Baolan, pasukan tersebut berjaya merangkul kejayaan sementara dalam off season setelah memenangi National Electronic Sports Tournament. Dalam bracket mereka, mereka berjaya menumpaskan I May Royal Never Give Up, dan LGD Gaming dengan roster musim 2016. Duke merupakan satu-satunya perubahan yang dilakukan oleh mereka sejak kemenangan mereka.

Post Berkaitan

Comments