Why Top is the best position in League[ScoutJLY]
Kenapa dan bagaimana ScoutJLY bermain posisi top
Panas | December 28, 2016 | By Red

scout-jly-face

Bermain di posisi top bukan hanya perlu membuat trade dan mendapatkan farm. Pemain posisi top juga sebenarnya penting dalam menjayakan stratergi kumpulan. Walau dengan hanya dengan presences di map, tidak kira di dalam teamfight atau solo lane, pemain top mampu memberikan kesan dalam tindakan musuh dalam permainan. Berikut adalah pendapat ScoutJLY yang bermain di posisi top.

 

Who is he?

scoutjly-intro

 

Why does he play Top Lane?

why-scout-play-top

 

How does he play Top lane

Laning Phase

Saya adalah lebih kepada pemain tank. Oleh itu saya kurang membuat trade dengan pihak lawan. Pada awal permainan saya akan cuba untuk clear minion lebih cepat daripada musuh untuk mencapai level 3 terlebih dahulu untuk mendapatkan ‘level 3 power spike’ dan membuat trade tanpa menerima terlalu banyak damage.

Tapi pada minit ke 2:40, pemain posisi jungle musuh juga mencapai level 3. Saya akan pastikan dimana pemain jungle musuh berada sebelum menyerang secara all in. Jika saya tidak tahu dimana dia berada, saya tidak akan memberi tekanan pada lane. Tetapi setelah pasti dimana dia berada, saya akan memberi tekanan kepada lane dan meletakkan deep ward untuk membantu ahli kumpulan.

Mid Game

Lebih kepada permainan menggunakan teleport. Untuk membuat split push atau tidak bergantung kepada kesediaan teleport. Split pushing di opposite side daripada objective yang cuba dicapai oleh ahli kumpulan yang lain tetapi pastikan teleport sedia jika perlu digunakan untuk membantu kumpulan. Sebagai contoh, jika ahli kumpulan cuba untuk mendapatkan Dragon, berikan tekanan kepada top lane untuk mengalih pandangan mereka. Jika teleport tidak sedia, lakukan slow push yang akan memaksa musuh mempertahankan turret. Jika mereka mempertahankannya, cari peluang untuk lakukan 5v4 team fight (terutamanya di lane berjauhan dengan turret yang sedang dipertahankan oleh musuh).

Late Game

Hampir sama dengan mid game, tetapi kurangkan split push walaupun teleport spell sedia. Vision susah untuk dikawal kerana semua pemain mempunyai 6 items (tiada slot untuk red wards). Untuk tidak mengambil risiko, stick dengan ahli kumpulan.

(Want to see ScoutJLY’s Shen? Click on the image)

scoutjly-playing-shen

Team fight

Secara ringkasnya, AD Carry dan pemain posisi mid adalah damage dealer utama dalam kumpulan. memastikan mereka hidup adalah keutamaan, juga peel untuk mereka bagi memudahkan mereka membunuh musuh sambil tank damage yang diberikan oleh musuh. Saya tidak semestinya memulakan perlawanan (engage) atau make the plays, tugas tersebut boleh dikongsi dengan Jungler dan Support. Jika bermain hyper carry/bruiser seperti River/Irelia/Kennen, kamu boleh all in dan trade 1 dengan 1 atau 2. Tetapi jika kamu all in dan trade for nothing, ianya akan berakhir. Jadi apa yang paling penting dalam teamfight ialah memahami champion yang digunakan dan apa yang saya boleh dan tidak boleh lakukan.

Getting/ Defending objective

Tugas utama saya ialah mengalihkan perhatian musuh daripada objective dengan memaksa mereka untuk defend lane. Ia juga bergantung kepada kesediaan teleport dan kekuatan/kelemahan saya berbanding pemain posisi top musuh atau bolehkan saya mempertahankan lane dengan 1v2.

 

His Favorite Champions

                                                    All time favorite: Shen The Eye of Twilight                                                                       scout-shen

 

I love who I am: Teemo the Swift Scout

scout-teemo

 

Easy but strong: Trundle the Troll King

scout-trundle

 

His Favorite Items

scoutjly-favorite-items

 

 

What is your critical need to succeed in game/ in making the play

Map Awareness

Jangan salahkan gank. Setiap kali mati, ia adalah kesilapan sendiri kerana over extending tanpa mengetahui kedudukan pemain jungle musuh. Tiada siapa yang boleh disalahkan.

Stability

Top lane adalah  90% perlawanan dimana ia adalah 1v1 match up. Jika lebih daripada separuh masa tersebut kamu di-pressure oleh lawan tanpa external pressure, tiada apa yang boleh kamu lakukan.

Champion Mastery

Fahami apa yang champion kamu boleh lakukan untuk mengelakkan daripada membuat sesuatu yang kurang bijak. Juga, maksimakan potensi champion untuk memberikan lebih kesan dalam permainan.

 

Fail moment that you remember until now

  • Memilih Master Yi di rotation pertama di TLC Malaysia Summer 2015 (skip to 5:57:11)

  • Terlalu banyak mengikut (stick) ahli kumpulan semasa bermain Shen di Selangor Cyber Games 2016
  • Ketika Novice Cup 2016, teleport ke bot lane walaupun top lane telah ditekan (pushed) oleh musuh. Malah tidak dapat membuat apa-apa di bot lane walaupun tank 2 hit daripada turret. Ia menyebabkan top dan bot turret musnah serta disadvantage pada gold yang besar dan kekalahan pada permainan tersebut.

 

Worries and excitement for next season

Sepanjang tahun ini, terdapat banyak event seperti ROG, MSI, Lenovo, uMobile, SCG dan lain-lain. Saya rasa tahun depan akan menjadi lebih baik berbanding 2016. Berkenaan patch terkini, saya tidak begitu pasti dan faham dengan meta sekarang, masa akan menentukan semua itu.

Post Berkaitan

Comments