KLH.Qaspiel menjadi challenger di Korea!
Pemain Malaysia juga mampu bersaing!
Aktiviti | January 10, 2017 | By abang dots

qaspiel-challenger-tier

Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan post facebook salah seorang pemain
Kuala Lumpur Hunter (KLH) yang dikatakan menjadi Tier Challenger di Korea.

surprised-babyAdakah ini suatu yang troll atau adakah ini benar-benar berlaku!

Kami di DuniaLoL telah dimaklumkan bahawa pemain jungler KLH.Qaspiel sememangnya telah berjaya menjadi Challenger Korea. Ini merupakan sesuatu yang sangat dahsyat kerana server Korea merupakan server yang dikatakan paling “competitive” di seluruh dunia!

Tak percaya? Nah aku bagi satu!

qaspiel-challenger

qaspiel-challenger-stats

qaspiel-challenger-standing

What does this mean?

Bagi pendapat saya, ini bermakna server kita ini, adanya pemain-pemain yang dahsyat dan juga berkemampuan! Jangan sesekali anggap bahawa kita tak mampu untuk bersaing dengan pihak luar. Bukankah dengan training dan berkerja keras kita semua mampu untuk menjadi seperti Qaspiel?

Sudah pastinya ini dapat membakar semangat para pembaca untuk terus train dan menjadi League of Legends player yang lebih berkemampuan! Kalau dia boleh, kenapa aku tidak?

tq-qaspiel

Post Berkaitan

Comments