Tonton Video Teaser Kemaskini Warwick yang Menakutkan Ini!
"Aku sudah memberitahu bahawa ia perjanjian yang teruk!"
Development | January 10, 2017 | By HalleBerry

Beberapa hari yang lalu, LoL telah mengeluarkan kisah baharu di laman Universe mereka yang kelihatan seperti suatu teaser mengenai kemaskini Warwick yang telah lama dinanti-nantikan. Dalam kisah ini, Singed sedang berada dalam proses penciptaan baharu dengan gambar-gambar di latar belakang yang memberikan tanda-tanda yang menguatkan lagi teori bahawa Warwick ialah eksperimen dalam persoalan.

Dengan video teaser yang dilancarkan pada Isnin ini, ia telah pun disahkan. Kita sudah mengetahui tentang kemunculan kemaskini Warwick sebelum mana-mana champion baharu, dan kini kita tahu serba sedikit lagi mengenainya.

Dalam video ini, dua orang lelaki sedang memburu dengan serentak dan sedang diburu oleh Warwick – salah seorang daripada mereka membawa senapang dan sedang menembak ke arah Warwick manakala seorang lagi hanya mahu melarikan dirinya (siapa yang boleh menyalahkannya). Ia suatu pengejaran yang tegang, video klaustrofobik yang dirakamkan dari sudut pandangan orang pertama dan menyebabkan anda terasa seperti anda dikejar oleh seekor serigala jadian yang amat menakutkan.

Warwick yang baharu ini kelihatan seperti ia menerima lebih banyak peningkatan daripada lelaran yang lepas, dengan kukunya yang gergasi dan sejenis tiub di badan belakangnya yang mana kedua-duanya akan menyala hijau dan oren dalam video tersebut. Ia bertukar warna oren setelah watak dalam video itu mula menumpahkan darah, jadi ia mungkin menandakan interaksi baharu dengan Blood Scent.

Kita juga boleh melihat Warwick yang menyergap sasarannya pada penghujung video, jadi bersiap sedialah untuk berhadapan dengan pengecilan jurang yang lebih banyak berbanding dengan ultimate sasar-dan-klik yang sudah menjadi kebiasaan. Anda boleh menjangka pengumuman kit baharu untuk Warwick dalam masa-masa terdekat.

 

Diterjemahkan dari The Rift Herald

Post Berkaitan

Comments