Sulit: Kehidupan Seorang Pemain Pro League
Rahsia kehidupan pemain pro? Teruskan membaca...
Antarabangsa | January 16, 2017 | By HalleBerry

APAKAH YANG ANDA DAPAT JIKA anda mengumpulkan lima orang remaja lelaki di dalam rumah mewah yang berharga berjuta-juta untuk melatih League of Legends selama 10 jam dalam sehari? Kerapatan, tidakbanyak masa untuk keluar bersama orang tersayang dan tangan yang lenguh. Dengan kedatangan League Championship Series, kami memberikan pengrahsiaan kepada 33 pemain pro teratas dari Amerika Utara dan league-league Eropah untuk menyelami kehidupan mereka di sebalik skrin komputer.

Jika anda boleh memilih mana-mana pemain untuk bermain dalam pasukan anda, siapakah yang akan menjadi pilihan anda?

Faker: 42 peratus (jawapan yang paling popular)

Bjergsen: 18 peratus

Reignover: 12 peratus

Peanut: 12 peratus

“Faker, kerana saya peminatnya. Dia boleh menandatangani pad tetikus saya.”


Siapakah pemain terakhir yang anda mahu Who is the last player you’d want on your team?

FORG1VEN: 15 peratus (jawapan paling popular)

“Dia terlampau toksik dalam persekitaran pasukan. Sukar untuk berlatih dan kekal terdorong dengan pemain sebegitu dalam pasukan sendiri.”


Adakah ibu bapa anda menyokong kerjaya anda?

Ya: 27 peratus

Ya, tetapi bukan pada awal penglibatan: 61 peratus

Salah seorang menyokong, seorang lagi tidak: 12 peratus

Tidak: 0 peratus


Apakah jangka masa terpanjang anda pernah bermain dalam satu sesi?

Terpanjang: 80 jam

Purata: 21 jam


Adakah anda berada dalam hubungan intim?

Ya: 33 peratus
Tidak: 67 peratus

“Saya rasa kehidupan seorang pemain pro tidak bersesuaian dengan hubungan intim, secara jujurnya. Anda perlu mendedikasikan masa anda untuk permainan.”


Apakah perkara yang paling menyeronokkan tentang mendiami rumah pasukan?

“Perkara yang paling menyeronokkan mengenainya ialah anda berasa seperti anda bermain dengan rakan-rakan anda dan bukannya rakan perniagaan. Anda peduli tentang mereka, dan mereka peduli tentang anda.”

“Pembinaan pasukan, persembahan, kemudahan akses. Tiada bahagian yang menyeronokkan, tetapi saya menjadi semakin hebat dalam persembahan akibatnya.”


Apakah perkara yang paling memburukkan tentang mendiami rumah pasukan itu?

“Apabila anda mendiami rumah itu buat kali pertama, ia mudah untuk anda berasa sunyi. Terdapat pemain yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mereka mudah berasa rindu dan mahu kembali ke Korea.”

“Tiada ruang peribadi. Bila anda mengalami hari yang teruk selepas latihan, anda duduk bersebelahan dengan lelaki yang mengalami hari yang teruk juga. Tiada masa untuk bersendiri.”


Berapakah gaji asas anda?

Purata Amerika Utara: $105,385

Purata Eropah: €76,137 ($80,816)


Pernahkah anda mengalami kecederaan akibat bermain? Jika ya, apakah kecederaan tersebut?

Ya: 24 peratus
Tidak: 76 peratus

“Saya pernah mengalami kesakitan di pergelangan tangan tetapi ia tidak begitu serius. Saya berasa dalam e-sukan secara umumnya, ia meletihkan secara perlahan.”

“Bila saya bermain terlalu lama atau jika saya tersalah duduk, saya boleh mengalami kesakitan pada pergelangan tangan.”


Adakah anda mengetahui pemain-pemain yang mengambil amphetamines dan/atau Ritalin untuk kekal tertumpu dalam pertandingan?

Ya: 27 peratus
Tidak: 73 peratus


Pernahkah anda melihat pemain yang bertanding semasa mereka dalam keadaan mabuk?

Ya: 21 peratus
Tidak: 79 peratus


Jika anda boleh mendapatkan mana-mana atlet profesional untuk membeli pasukan anda, siapakah yang akan menjadi pilihan anda?

Kobe Bryant: 12 peratus

Rick Fox: 12 peratus (jawapan paling popular)

Allen Iverson: 6 peratus


Adakah anda akan berasa ragu-ragu untuk menambah pemain wanita dalam pasukan anda?

Ya: 27 peratus
Tidak: 73 peratus

“Jika seorang wanita mahu menyertai pasukan saya, dia harus menunjukkan bahawa dia lebih berbakat daripada seorang lelaki [dalam peranan yang sama].”

“Jika salah seorang rakan sepasukan saya mungkin akan tertarik dengan pemain wanita itu, saya akan menentangnya.”

“Tidak, jika mereka cukup bagus, mereka boleh sertai saya. Saya rasa saya tidak akan ragu-ragu untuk menerima seorang wanita dalam pasukan saya.”


Apakah pertembungan peminat anda yang paling melampau?

“Kami sedang berjalan menuju ke garaj tempat letak kenderaan, dan lelaki ini mahu menangkap gambar tangan rakan sepasukan saya (dari sudut-sudut berbeza). Kami biarkannya dan membantunya, ia memang sesuatu yang menakutkan; dia berkata ia untuk suatu projek atau sesuatu sepertinya. Ia memang pelik.”

“Wanita ini berjalan ke arah saya dan meminta saya untuk menandatangai bayinya. Saya rasa dia peminat besar kami dan bayi itu akan menjadi sepertinya juga. Saya memenuhi permintaannya.”

 

Diterjemah dari LINK

Post Berkaitan

Comments