4 Perkara Yang Wajib Anda Ketahui Mengenai Patch 7.1
Patch 7.1
Analisis | January 17, 2017 | By abang dots

Warring_Kingdom_Garen

Patch 7.1 telah dikeluarkan pihak RIOT dan ramai pemain yang bermain sejak awal tahun telahpun mula merasai apakah perbezaan dan perubahan buat patch terbaru ini. Champion yang pada patch lalu dikatakan OVERPOWERED (OP) telahpun di-nerf dan kini menjadi hampir sama seperti champion lain.

 

Article ini akan membincangkan apakah perubahan lain yang mungkin anda tidak ketahui mengenai patch 7.1. Kita akan perbincangan sebanyak 4perkara penting dalam patch terbaru keluaran RITO.

 

camille-4

 

1. Nerf ke atas champion Top-Tier

Camille merupakan champion yang menjadi mimpi ngeri buat ramai pemain League of Legends pada patch lepas. Apatah lagi dgn skill set-nya yang mampu melompat ke ‘backline’ pasukan anda dengan pantas serta ‘delete’ ADC anda tanpa sesiapa dapat menghalangnya. Beberapa perkara tentangnya telah ditukar/nerf seperti base health regen, duration shield dan knockback ultinya.

 

Kedua merupakan champion mid yang menjadi mimpi ngeri ramai pemain. Semasa di rank games, mereka sering menjadi fokus ban oleh kerana damage output mereka yang tiada tandingan. Mereka adalah Ryze dan Syndra. Kedua champion mendapat nerf untuk mengurangkan damage output mereka yang sering kali dapat membuat instant-delete pihak lawan.

 

Ketiga merupakan kungfu/karate master kegemaran kita iaitu Lee Sin. Perubahan ke atas damage output ulti-nya dan combo Q>R>Q  dan juga E nya yang tidak lagi reveal invisible champions telah membuatnya menjadi champion yang tidak lagi OP. Walaubagaimanapun, pick rate buat Lee Sin tetap tinggi di server Malaysia.

Yang terakhir merupakan Poppy yang dikenali sebagai Top lane Terror. Durasi shield-nya telah mendapat nerf dan tidak lagi menakutkan apabila dicampur pula dengan mastery Courage of the Colossus.

 

kalista-intro-fallback

 

2. Marksmen mendapat Buff

Apabila champion-champion Assassins mendapat buff, ramai yang menyatakan bahawa champion ADC tidak lagi releven dalam permainan League of Legends. Saya sendiri juga berpendapat begitu. Bukankah champion seperti Talon, LeBlanc dan Rengar dapat memberi impak serta merta ke atas champion ADC, tidakkah anda pernah lihat instant-delete ADC anda semasa dalam game?

 

Oleh kerana itu, RITO telah membuat buff ke atas champion-champion Marksmen seperti Lucian, Kalista dan Draven. Kini mereka menjadi lebih releven serta menakutkan semasa early game. Apa yang lebih menarik untuk anda semua ketahui adalah, ketiga-tiga champion tersebut sebenarnya mempunyai win rate paling rendah di kesemua server RITO apabila kita ambil average.

 

hecarim_elderwood_1920

 

3. Perubahan EXP champion di Jungle

Pihak RITO telah membuat banyak perubahan dan experimentation terhadap role Jungler. Kini pula, mereka telah membuat perubahan bagi jungle camp pertama yang diambil dengan mengurangkan EXP yang champion anda akan dapat. Apa yang lebih pelik pula, mereka telah meningkatkan EXP yang didapati apabila kita clear camp Raptors.Ini sesuatu experimentation yang dibuat tetapi adakah ini releven dan akan memberi impak terhadap game?

 

lunar-revel-2017-skins

 

4. Skin Baru yang dinantikan ramai!!

Ramai pemain dari komuniti kita sedang menanti-nantikan skin terbaru buat Patch7.1. Kita dibanjiri dengan khabar angin dan berita mengenai skin terbaru keluaran RITO yang bakal dikeluarkan. Bagi mereka yang masih belum tahu apakah Skin yang bakal membanjiri League of Legends buat patch 7.1, nah abangdots payung kasi…

  • Warring Kingdom (Azir, Vi, Garen)

Azir_Splash_4Vi_Splash_5 ac1b5fd7ab445f5

  • Dreadnova Gangplank (My personal Fav)

Gangplank_Splash_8

Post Berkaitan

Comments