DuniaLoL tiba di ESL One Genting
ESports Malaysia melalui haluan yang betul.
Aktiviti | January 17, 2017 | By Putih

Kebanyakkan daripada kami di DuniaLoL pernah mencuba Dota2 sebelum ini. Tetapi kami lebih meminati League of Legends. Ia tetap tidak dapat menghentikan kami daripada pergi ke antara event eSports yang terbesar di Malaysia. ESL One telah tiba di Genting. First of all, mungkin antara anda semua yang tidak mengenali ESL.

ESL Genting 3

ESL Gaming ialah sebuah league yang dicipta oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Turtle Entertainment, sebuah syarikat eSports. Mereka boleh dikatakan antara pihak ketiga eSports yang paling berjaya dalam dunia ini. Kebanyakkan daripada kejohanan eSports diadakan dan dianjurkan oleh pencipta game tersebut. Contohnya seperti League of Legends World Championship dianjurkan oleh pencipta game tersebut dan bukannya syarikat lain.

ESL Genting 5

Ia bukannya suatu rahsia yang Asia Tenggara mempunyai penonton eSports yang paling ramai di World. Banyak perniagaan yang menyedari perkara ini dan mula menunjukkan kehadiran di Malaysia dan wilayah-wilayah Asia Tenggara yang lain. Sebab itulah anda mungkin perasan bahawa eSports menjadi semakin besar saban tahun. Kejohanan League of Legends di Malaysia semakin hari menjadi semakin besar dan ini termasuklah kejohanan eSports untuk permainan-permainan yang lain. 

ESL Genting 1

Walaupun kami tidak bermain permainan yang dihoskan oleh ESL itu, kami di DuniaLoL berasa seronok atas kehadiran mereka dan memberikan persembahan yang hebat dengan bantuan Mineski. Setiap langkah yang diambil membawa kita semakin dekat dengan matlamat kita untuk mempunyai masa depan yang cerah dalam industri permainan yang melangkaui penciptaan permainan dan juga permainan yang penuh saingan juga. Saya percaya bahawa kita mempunyai bakat-bakat hebat di Malaysia untuk pemain-pemain pro. Mereka hanya memerlukan sokongan untuk membantu mereka mencapai matlamat tersebut. Dengan perkembangan eSports, datangnya lebih banyak sokongan untuk pemain-pemain pro.

ESL Genting 2

Saya harus pergi lepak di ruang VIP dan berkenalan dengan orang-orang menarik juga. 😛

Apakah pendapat anda mengenai kedatangan ESL One ke Malaysia? Adakah anda gembira? Andakah anda mereka bahawa terdapatnya masa depan untuk kerjaya eSports di Malaysia? Comment below and let me know!

Post Berkaitan

Comments