Pasukan yang akan berentap dalam 2017 EU LCS Spring Split
Setiap pasukan ada kehebatan mereka yang tersendiri.
Antarabangsa | January 18, 2017 | By Mikail Karma

Presented By Residentevil content logo 2017 EU LCS Spring Split Thumbnail 1

Pemain import mewarnai 2017 European League Championship Series, termasuklah sistem dua kumpulan dan pengenalan kepada siri best-of-three. Dalam landskap yang selalu berubah ini, ada pasukan yang mengekalkan roster mereka manakala yang lain mahukan pemain import dan bakat baru yang semakin berkembang.

Berikut adalah pasukan yang akan berentap dalam 2017 EU LCS Spring Split.

 

G2 Esports

G2 Esports

Top Lane: Ki “Expect” Dae-han

Jungle: Kim “Trick” Gang-hyun

Mid Lane: Luka “Perkz” Perković

AD carry: Jesper “Zven” Svenningsen

Support: Alfonso “Mithy” Aguirre Rodríguez

Dua pasukan yang mengekalkan barisan pemain mereka — G2 Esports dan Splyce. Dengan bot lane yang kuat, Zven dan Mithy termasuklah jungle, Trick, G2 akan menjadi kegemaran ramai.

Pada akhir musim panas, dan kemunculan mereka yang menyedihkan di Worlds, Expect mempertingkatkan dirinya, dan dia bukan lagi liabiliti kepada pasukannya sendiri. Walaupun dia masih lagi memerlukan gank daripada Trick, kekuatan lane Zven dan Mithy memberikan jungler veteran itu sedikit kebebasan dalam Summoner’s Rift di bahagian top. Kini mid lane menjadi tanda tanya, kerana posisi Perkz yang lemah menyebabkan Trick, dan G2 keseluruhannya, mendapat tekanan di Summoner’s Rift.

Ini akan memberi kesan kepada pilihan champion Perkz, kekurangan tekanan di mid lane menyebabkan kesalahan posisi, tidak kisahlah mengenai jenis champion yang dipilih dan kurang lane pushing sedangkan itu yang dia patut lakukan. Jika Perkz boleh memperbaiki dirinya mengenai perkara ini, kehadiran G2 akan menjadi mimpi ngeri kepada pasukan yang lain. Barisan pemain ini membuktikan yang mereka boleh memenangi EU LCS.

 

SplyceSplyce

Top Lane: Martin “Wunder” Hansen

Jungle: Jonas “Trashy” Andersen

Mid Lane: Chres “Sencux” Larsen

AD carry: Kasper “Kobbe” Kobberup

Support: Mihael “Mikyx” Mehle

Selain daripada G2, Splyce juga merupakan pasukan yang mengekalkan roster mereka pada musim 2017. Pilihan yang bijak, melihat bagaimanakah skuad ini berkembang pada tahun lepas — daripada tempat kelapan ke tempat kedua dalam 2016 EU LCS Spring Split.

Walaupun prestasi Splyce tidak memberangsangkan pada 2016 League of Legends World Championship, pasukan ini memberikan prestasi yang baik dan mengambil iktibar daripada setiap game yang mereka tempuh. Ini merupakan kekuatan terbesar Splyce. Mengekalkan barisan pemain dalam pasukan ini mengekalkan koordinasi yang baik dan komunikasi yang padu — terbukti dalam perlawanan pasukan di mid dan juga sewaktu lewat permainan.

Untuk terus berkembang, Splyce perlu memperbaiki perlawanan awal mereka. Sewaktu 2016 EU LCS Summer Playoffs, Regional Qualifier, dan Worlds, Splyce selalu mengalami defisit gold sewaktu awal permainan mereka.

 

Fnatic

Fnatic

Top: Paul “sOAZ” Boyer

Jungle: Maurice “Amazing” Stückenschneider

Mid: Rasmus “Caps” Winther

AD Carry: Martin “Rekkles” Larsson

Support: Jesse “Jesiz” Le

Tahun ini Fnatic kembali dengan barisan pemain Eropah, apabila xPeke keluar untuk menghasilkan Origen.

2017 Fnatic adalah gabungan pemain berpengalaman dan pemain baru. Caps adalah kunci kejayaan pasukan Turki, Dark Passage. Malangnya, mid laner ini terlalu muda untuk memasuki International Wildcard Qualifier dengan pasukannya dan tidak boleh menunjukkan kemahirannya dalam pentas antarabangsa. Kejayaannya tahun ini akan berpandukan bagaimana Fnatic memperkembangkan bakatnya.

sOAZ kembali ke Fnatic bersama jungler dan bekas ahli Origen Origen, Amazing. Bersama dengan Rekkles dan Jesiz, Fnatic mempunyai pengalaman untuk mendidik dan memperkembangkan Caps melalui split ini. Ini merupakan pasukan playoff. Berapa jauh mereka pergi akan berpandukan koordinasi mereka, dan sama ada mereka boleh memberikan tekanan kepada ahli pasukan mereka.

 

H2k-Gaming

H2k-Gaming

Top: Andrei “Odoamne” Pescu

Jungle: Marcin “Jankos” Jankowski

Mid: Fabian “Febiven” Diepstraten

AD Carry: Sin “Nuclear” Jeong-hyeon

Support: Choi “Chei” Sun-ho

H2K memisahkan Summoner’s Rift dengan top menjadi milik Eropah dan bot menjadi milik Korea. Dengan pemisahan ini, Febiven di mid dan Jankos di jungle memegang tanggungjawab besar untuk menyesuaikan diri dan sistem komunikasi mereka harus diubah.

Merupakan ADC berbakat di Korea — bersama dengan bekas ADC ESC Ever, Lee “LokeN” Dong-wook — Nuclear meletus di SBENU Korea. Dia merupakan pemain yang hebat dalam pasukan, walaupun pasukannya mempunyai kurang tekanan peta dan koordinasi. Dia seorang yang cemerkap, dan sentiasa bergantung kepada rakan support-nya Chei untuk melindunginya dalam perlawanan pasukan.

Beberapa tahun dulu, Jin Air Green Wings Stealths, Chei merupakan seorang support yang agresif, sesuatu yang hilang apabila dia digandingkan dengan ADC yang pasif, Na “Pilot” Woo-hyung. Mereka boleh menjadi bot lane yang sangat agresif, ataupun menjadi gandingan yang pelik, dengan Chei sentiasa menyelamatkan Nuclear di lane dan juga perlawanan pasukan. Pada split yang sebelumnya, H2K mempunyai duo lane yang kuat dengan Konstantinos “FORG1VEN” Tzortziou dan Oskar “Vander” Bogdan, jadi Nuclear dan Chei boleh menjadi gandingan yang tidak berkesan, lainlah kalau mereka akan menunjukkan chemistry pada musim kali ini.

 

Unicorns of Love

Unicorns of Love

Top: Tamás “Vizicsacsi” Kiss

Jungle: Andre “Xerxe” Dragomir

Mid: Fabian “Exileh” Schubert

AD Carry: Samuel “Samux” Fernández

Support: Zdravets “Hylissang” Galabov

Apabila mereka kuat, mereka lemah. Bila anda fikir mereka tiada, mereka muncul. Unicorns of Love susah untuk diramal, dan tidak boleh dipandang ringan.

Walaupun UoL dikenali dengan “gaya huru-haranya”, mereka menunjukkan  peningkatan pada musim yang lalu dalam kawalan peta dan tekanan. UoL masih mempunyai permainan yang kucar-kacir di Summoner’s Rif , dan dalam permainan lima siri bersama Splyce sewaktu final regional adalah sebuah pengalaman yang menakjubkan. Sebelum musim bermula, UoL telahj memastikan roster barisan pemain mereka sehinggalah AD carry Kim “Veritas” Kyoung-min meninggalkan mereka untuk menyertai CJ Entus dari Korea, kerana rindukan tanah air sendiri dan perginya jungler Korea, Kang “Move” Min-su. Penggantinya, Samux, mempunyai banyak pengalaman dalam arena LoL Sepanyol.

Veritas bukanlah carry utama UoL, dan Samux lebih baik digandingkan bersama Hylissang, salah satu pemain utama UoL sejak perasmian LCS split. Xerxe adalah salah seorang pemain handalan Dark Passage pada musim panas yang lalu — bersama mid laner Fnatic, Caps dia juga tidak boleh berentap di pentas antarabangsa disebabkan oleh umur. Dengan Exileh yang semakin baik di mid lane, dan side lanes dipandukan oleh Vizicsacsi dan Hylissang yang veteran, ini akan memberikan bantuan padu kepada Xerxe apabila dia memasuki pasukan tersebut.

 

Misfits

Misfits

Top: Barney “Alphari” Morris

Jungle: Lee “KaKAO” Byung-kwon, Leon “llamabear” Krüger

Mid: Tristan “PowerOfEvil” Schrage

AD Carry: Steven “Hans Sama” Liv

Support: Lee “IgNar” Dong-geun

Yang pergi adalah jungler Kim “Wisdom” Tae-wan dan mid laner Marcin “Selfie” Wolski. Misfits mengekalkan dua bakat mereka yang terbesar — top laner Alphari dan ADC Hans Sama — termasuklah support IgNar. Bottom lanes hybrid tidak selalunya berfungsi, tapi Hans Sama dan IgNar mempunyai hubungan yang baik. Seperti semua barisan pemain hybrid, kejayaan barisan pemain Misfits adalah berdasarkan pasukan  yang sentiasa bersama dan belajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

KaKAO adalah orang penting Misfits. Pernah menjadi yang jungler terbaik dunia. Mengambil KaKAO adalah satu risiko.

Walaupun KaKAO tidak memulakan musim dengan baik, Misfits mempunyai lane top dan bot yang kuat. PowerOfEvil menghabiskan kebanyakan masa di 2016 EU LCS Summer. Kekuatan pasukan ini bergantung kepada keberkesanan KaKAO dan PowerOfEvil berkoordinasi dan mengawal peta.

 

Team Vitality

Team Vitality

Top: Lucas “Cabochard” Simon-Meslet

Jungle: Charly “Djoko” Guillard, Lee “GBM” Chang-seok

Mid: Erlend “Nukeduck” Våtevik Holm

AD Carry: Pierre “Steeelback” Medjaldi

Support: Ha “Hachani” Seung-chan

Team Vitality kembali dengan hanya mengekalkan Nukeduck dan Cabochard dan menjadikan mereka carry utama. Steeelback adalah pickup yang boleh dipercayai sebagai carry sekunder dan tersier dan jungler Djoko boleh berkembang jika dia diberi panduan dan bermain dengan lebih berhati-hati.

Pilihan pemain yang pelik dalam pasukan ini, adalah bekas support KT Rolster, Hachani dan pengganti jungler GBM. Walaupun Hachani boleh membuatkan pasukannya mendapat kill atau tekanan peta sewaktu vision agresif, dia juga disayangi oleh ahli pasukan Koreanya. Hachani pernah menjadi jurulatih Rebels Anarchy pada tahun 2015 dan dia seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman dan dia dikenali dengan kelakuan yang baik dan komunikasi yang bernas. Ini merupakan  kualiti terbaik untuk setiap pemain, terutamanya bagi seorang support, tapi membawakan perkara ini ke dalam pilihan pemain hybrid adalah susah disebabkan faktor penggunaan bahasa untuk bertutur.

GBM adalah cerita yang berbeza. Dia mempunyai masalah dalam NRG Esports Amerika Utara, terutamanya apabila kapalnya semakin tenggelam, dan berkata bahawa pasukannya kurang motivasi. Dia juga pernah menjadi mid laner. Menggandingkan dia dengan Hachani, bukannya Djoko untuk memudahkan komunikasi adalah keputusan yangg berisiko, kerana kebolehan junglingnya perlu dinilai.

 

Team ROCCAT

Team ROCCAT

Top: Ambrož “Phaxi” Hren

Jungle: Nubar “Maxlore” Sarafian

Mid: Felix “Betsy” Edling

AD Carry: Petter “Hjärnan” Freyschuss

Support: Kim “Wadid” Bae-in

Satu lagi musim, satu lagi pertaruhan ROCCAT ke atas pemain import dari Korea, kali ini untuk  pemain support, Wadid. Dahulunya bermain untuk RisingStar Gaming, Wadid sangatlah tidak dikenali. Prestasinya dalam Challengers Korea menunjukkan bakat terpendam dan ruang untuk memperbaiki diri.

Pemain yang perlu diberikan perhatian dalam ROCCAT adalah bekas pemain jungler Giants Gaming, Maxlore. Walaupun NighT mencuri perhatian, Maxlore mengarahkan banyak pergerakan Giants di atas peta. Dia juga merupakan seorang yang suka bekerja keras dengan minda penuh dengan analisis, seorang pemain yang merapatkan jurang komunikasi antara NighT dan pasukan-pasukan yang lain. ROCCAT hanya akan melihat kepada Maxlore untuk keseluruhan pasukan ini.

 

Giants! Gaming

Giants! Gaming

Top: Olof “Flaxxish” Medin

Jungle: Jonas “Memento” Elmarghichi

Mid: Na “NighT” Gun-woo

AD Carry: Martin “HeaQ” Kordmaa

Support: Morgan “Hustlin” Granberg

Giants pasti akan merindui Maxlore. Lainlah kalau Memento melebihi apa yang dia lakukan  di ROCCAT, Giants perlu membina semula komunikasi.

NighT akan menjadi carry utama untuk Giants, dan pasukan itu tidak boleh kembali ke 2016 EU LCS Spring dan dulu, Isaac “xPePii” Flores mempunyai permainan yang hebat yang membawa pasukan itu ke arah kejayaan. OP, NighT akan mengambil peranan yang sama, lainlah kalau mereka menemui pemimpin yang sama seperti Maxlore.

 

Origen

cropped_28241559233_42ae9c2a62_o

Top: Max “Satorius” Günther

Jungle: Kim “Wisdom” Tae-wan

Mid: Yoo “NaeHyun” Nae-hyun, Enrique “xPeke” Cedeño Martínez

AD Carry: Erik “Tabzz” van Helvert

Support: Aleksi “Hiiva” Kaikkonen

Apabila xPeke meninggalkan Fnatic untuk menghasilkan Origen, keputusannya itu disanjungi. Jenama yang dia bina berada di tempat ketiga/keempat di 2015 World Championship dan merupakan satu kejayaan untuk midlaner itu dan Eropah sebagai sebuah benua.

Khabar angin mengenai suasana pasukan yang lemah mula bertiup apabila para pemainnya mula mencari pintu keluar. Kini, ahli asli Origen hanyalah xPeke, yang berada di bangku apabila NaeHyun akan mendapat tempat di midlane. xPeke merupakan teras Origen sejak dari mula, dan walaupun mereka bergelut dalam tahun 2016, mengambil peranan ADC untuk menyelamatkan apa sahaja yang mula karam. Dia mungkin akan dipanggil semula untuk berada di midlane jika NaeHyun tidak berkesan.

Wisdom adalah sangat penting untuk jungle dan merupakan kekuatan utama dalam kejayaan Misfits sewaktu EUCS. Tabzz patut menjadi padu dan Hiiva telah menunjukkan bakat yang hebat. Satorius adalah pemain yang perlu diberikan perhatian, termasuklah Wisdom, dan jika Origen boleh melebihi apa yang pemain umum harapkan, German top laner Jerman akan memainkan peranan yang besar.

Post Berkaitan

Comments