Ulasan Semula: KT Rosters vs Rox Tigers
Anda terlepas perlawanan pertama LCK 2017? Baca di sini untuk ulasan permainan tersebut.
LCK/LPL | January 19, 2017 | By HalleBerry

kt vs rox

Ramalan dan Harapan Perlawanan

LCK dimulakan dengan perlawanan antara pemain-pemain peringkat akhir musim tahun lepas dan sememangnya ia merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan.

Perlawanan pertama LCK Spring Split dimulakan dengan pasukan ROX Tigers menentang KT Rolster yang masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua dalam musim yang lalu. Dengan kedua-dua pasukan yang mengalami perubahan besar dalam roster mereka, ramai yang menaruh harapan tinggi terhadap perlawanan pertama ini terutamanya terhadap pasukan dengan pemain-pemain yang paling berpengalaman iaitu, KT Rolster. Pelbagai ramalan berbeza yang dijangkakan, namun hanya satu yang akan menguasai peta League itu.

Ulasan Permainan

Seperti yang dijangkakan, KT Rolster telah berjaya mengatasi ROX Tigers 1-0 (2-0). Pasukan KT Rolster yang terdiri daripada pemain-pemain hebat iaitu Smeb (lane top), Score (jungler), PawN (lane mid), Deft (AD carry) dan Mata (support) telah mengatasi kedua-dua pusingan permainan menentang pasukan ROX yang terdiri daripada SeongHwan (jungler), Lindarang (lane top), Mickey (lane mid), Sangyoon (AD carry) an Key (support).

KT Rolster mengambil masa 46 minit untuk mengalahkan pihak lawan mereka dalam pusingan pertama. Walaupun mereka gagal mendapatkan pembunuhan menyeluruh 12-13, mereka berjaya mendapatkan kelebihan gold (88.2k – 79.1k) dan mereka juga berjaya menjatuhkan 11 turret berbanding dengan 4 turret yang dijatuhkan oleh ROX. Pada awal permainan, ia kelihatan seolah-olah ROX sedang menguasai permainan. Namun, KT Rolster mula mengejar mereka dengan triple kill oleh Score dalam masa 20 minit terawal. 20 minit kemudiannya, dengan kelebihan bunuhan mereka, giliran Deft pula untuk mendapatkan triple kill kedua buat pasukannya. ROX memberikan KT Rolster suatu permainan yang sengit akan tetapi gaya permainan agresif KT membuatkan ROX kelihatan sebagai pasukan yang lebih lemah.

game1

 

Pusingan permainan kedua juga tidak jauh bezanya daripada yang pertama. KT Rolster tidak menahan diri mereka daripada memberikan ROX permainan yang sukar.  44 minit adalah masa yang diambil oleh KT untuk menghancurkan Nexus pasukan ROX dengan bunuhan 16-12 dan kelebihan gold 86.9k – 75.08k. Mereka mengawal dan berjaya menguasai peta tersebut pada awal permainan dengan menjatuhkan 8 turret berbanding dengan ROX yang menjatuhkan 2 turret. Saat getir berlaku pada minit ke-27 di mana KT Rolster berjaya menumbangkan tiga pemain ROX dalam perjalanan untuk membunuh baron.

game

 

Barisan pemain KT Rolster sememangnya suatu yang ditunggu-tunggu oleh para penonton dan peminat LoL dan pernantian tersebut tidak mengecewakan mereka. Walaupun ROX berlawan dengan bersungguh-sungguh, mereka masih tidak mampu mempersembahkan serangan balas yang mencukupi untuk menumpaskan pihak lawan mereka.  Sungguhpun begitu, pemain-pemain ROX tidak kurang hebatnya juga.  Lindarang yang selalunya menjadi gantian, merupakan pemain tumpuan pasukan ROX atas bunuhannya yang banyak dalam percubaan menyokong pasukannya itu. Mickey juga memberikan sokongan yang baik untuk pasukannya dan cuba membantu di mana dia diperlukan, namun KT membuktikan bahawa mereka bukannya pasukan yang calang-calang.

Perlawanan ROX Tigers seterusnya vs Kongdoo Monster – Khamis, 19 Januari 11:00 pagi GMT

Perlawanan KT Rolster seterusnya vs bbq OLIVERS – Sabtu, 21 Januari 08:00 pagi GMT

 

Kemuncak Perlawanan

Pusingan 1

Pusingan 2

Post Berkaitan

Comments