Analisis Pasukan 2017 NALCS Spring Split: Team Dignitas
Mereka akan ke playoff.
Antarabangsa | January 23, 2017 | By Mikail Karma

Team Dignitas

Team Dignitas ditubuhkan tahun lepas selepas pasukan NBA Philadelphia 76ers menjadi pemilik kedua-dua Dignitas dan APEX. Team Dignitas musim ini memperkenalkan bekas top laner KT Ssumday, bekas Jungler LongZhu Chaser dan bekas ADC Team EnVyUs LOD ke dalam pasukan itu. Team Dignitas mempunyai pemain yang baik dalam posisi dan kini mereka berada dalam tempat kelima dalam senartai ranking dengan mata 1520.

Team Dignitas Photo 1

Di atas kertas, Ssumday berada dalam keadaan yang baik, ditambah pula dengan kombo Chaser, bermakna Team Dignitas boleh mara ke playoff. Ssumday berada di tempat kedua untuk MVP dalam musim LCK pada musim sebelumnya di sebelah Smeb, seorang yang kuat di lane dan arif dalam mempertahankan gank. Walau bagaimanapun, kondisi terbaru Ssumday tidaklah baik Matrix Value-nya jatuh kepada 26.67% untuk 10 permainannya baru-baru ini.

Team Dignitas Photo 2

Chaser bermula dalam musim 2015 dengan Jin Air dan dikenali sebagai seorang pemain yang agresif. Dia lazimnya menggunakan kebolehannya sendiri untuk carry keseluruhan pasukannya. Musim yang sebelumnya dia menyertai LZ tapi dia tidak mendapat ruang yang mencukupi untuk menunjukkan kebolehannya disebabkan oleh perubahan sekata roster daripada LZ dan pembangunan patch. Musim ini dengan patch yang terkini nampak sesuai dengan Chaser dan hubungannya dengan Ssumday kini menjadi keutamaan kepada Team Dignitas.

Team Dignitas Photo 3

Walaupun LOD memberikan persembahan yang baik dalam 2016 NALCS Summer Split,  untuk ADC dalam NALCS, dia mendapat KDA kedua tertinggi. Walupun prestasi Team EnVyUs menurun, LOD masih lagi memberikan prestasi yang baik. Walau bagaimanapun, apabila dia melawan Sneaky dan Doublelift, dia masih lagi tidak kelihatan seperti ADC yang baik.

Team Dignitas Photo 4

Mid lane masih akan terus memegang Keane dan Xpecial yang akan menjadi pemain support untuk pasukan ini.  Pada musim ini, Team Dignitas musim ini mengundang bekas jurulatih Samsung Galaxy Kim untuk menyertai pasukan tersebut dan diharapkan prestasinya sebagai tempat kedua World Championship akan membantu Team Dignitas untuk menjadi lebih baik pada musim ini.

Kesimpulannya, Team Dignitas menyusun pemain pasukan pada musim NALCS ini dengan baik dan kami rasa mereka akan ke playoff.

Post Berkaitan

Comments