Bekas Jurulatih INTZ Menyertai TSM sebagai Penolong Jurulatih
Team SoloMid menerima penyertaan yang padu!
LCS NA/EU | January 23, 2017 | By HalleBerry

abaxial

Dengan permulaan NA LCS tidak lama lagi pada minggu ini, bekas jurulatih INTZ Alexander “Abaxial” Haibel telah menyertai Team SoloMid sebagai penolong jurulatih untuk menguatkan lagi barisan kakitangan jurulatih.

Abaxial meninggalkan INTZ pada Oktober yang lalu, selepas penyingkiran pasukan Brazil daripada World Championship 2016. Pada asalnya, Abaxial menyertai INTZ pada Mac 2015, yang membawa pasukan tersebut kepada kejayaan dalam empat kejohanan CBLoL dan layak ke Worlds 2016. Pada masa itu, Abaxial memberitahu bahawa dia berharap untuk berkhidmat dalam NA LCS pada tahun 2017.

cblol intz

“Saya mempunyai minat tertentu untuk berkhidmat dalam NA LCS tahun depan, tetapi saya akan mempertimbangkan tawaran-tawaran daripada Brazil, Eropah, Asia dan wilayah-wilayah lain,” kata Abaxial. “Saya mahu menjadi jurulatih terbaik, ketua terbaik, manusia yang terbaik. Bagi mengecapi cita-cita tersebut, saya harus pertimbangkan kesemua pilihan yang tersedia terutamanya kerana kontrak saya dengan INTZ telah sampai pada penghujungnya.”

Post Berkaitan

Comments