Aphromoo: ‘Jika anda tidak memberikan perhatian kepada pemain seperti dalam NFL, NBA…. itu tak bagus’
Pemain perlu diberikan lebih masa untuk membuktikan yang diri mereka boleh bersinar.
Antarabangsa | January 24, 2017 | By Mikail Karma

Counter Logic Gaming adalah satu-satu pasukan Amerika Utara untuk mengekalkan barisan pemain pada tahun  2016 untuk tahun 2017 NA LCS Spring Split, dan keputusan itu menerima pelbagai reaksi daripada para komuniti.

Selepas minggu pertama dalam permainan domestik, CLG mara ke Minggu 2 dengan rekod 1-1 dan gaya permaian dan koordinasi mereka sedikit rapuh. Pemain support dan kapten CLG, Zaqueri “aphromoo” Black berkongsikan prestasi awal musim pasukannya dan keputusan di sebalik mengekalkan barisan pemain daripada tahun 2016.

Aphromoo

CLG kini 1-1 dalam musim  ini. Apakah perasaan anda mengenai prestasi keseluruhan pasukan anda dalam Minggu 1?

Kami sedar yang kami masih memerlukan banyak usaha yang perlu dilaksanakan, walaupun sudah setahun kami bersama. Banyak orang mengharapkan sinergi, tapi kadangkala ia tidak begitu — ia tidak selalunya begitu. Dengan meta yang baru, kita mempunyai orang-orang yang berbeza dalam pelbagai peranan. Saya perlu mengawal mage tegas. Saya yang akan memegang peranan itu dan Darshan sebagai split-pusher kami atau lelaki DPS. Kini sekarang dia perlu engage champion selain daripada memilih AD utiliti carry, jadi Ashe atau Varus menjadi pilihan. Biasanya Trevor tidak memainkan champion-champion berikut jadi kami akan berlatih.

Ini bukanlah permulaan perlahan pertama anda dalam split. Kenapa CLG sinonim dengan perlawanan perlahan?

Kami ingin menyesuaikan diri dengan meta yang baru. Kami ingin memikirkan apakah peranan yang pemain kami mahu mainkan. Mereka perlu bijak untuk menyesuaikan diri, jadi kami sedikit perlahan berbanding pasukan lain, tapi apabila kami memikirkan yang kami berada dalam keadaan yang baik, jadi ini merupakan proses biasa kerana meta sentiasa berubah-ubah.

Aphromoo game room

Ramai yang berfikir jika anda akan mengekalkan barisan pemain 2016, dan apabila anda melakukannya, CLG menerima banyak kritikan. Kenapa anda semua berhasrat untuk kekal bersama-sama dan bagaimana anda mengendalikan kritikan tersebut?

Saya tak fikir kalau ada sebab utama kenapa kami harus bersama, kami cuma fikir yang penaikan tarah yang umum tidak perlu dilaksanakan. Kami memang seronok bermain bersama dan kami mampu untuk berada di atas semula. Mengenai kritikan pula, kami tak kisah, kami dah biasa dengannya. Kebanyakan pemain pro sudah biasa dengannya. Ramai orang yang mahukan perunbahan dengan serta-merta, ada yang tidak, nilai masa yang mereka laburkan. Saya fikir ini yang menyebabkan kareer pemain League lebih pendek. Jika anda tidak memberikan perhatian kepada pemain seperti dalam NFL, NBA, dia tidak akan mempunyai masa untuk menjadi pemain yang baik, ini tidak bagus kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk split, ada yang kata, “Kau teruk.” dan kemudian dia belah. Anda mempunyai tiga bulan yang padat untuk mempelajari apa yang perlu supaya anda berada di atas, tapi itu adalah dalam masa yang pendek. Ini sebenarnya tidak adil. Kami berfikir sebaliknya, melaburkan masa dengan lebih banyak adalah lebih penting. Seperti saya, maksud saya, apabila kali pertama saya bermain dalam split saya sangat, sangatlah teruk. Kemudian saya berehat daripada split, kemudian kembali pada tahun seterusnya dan semuanya menjadi lebih baik .

Aphromoo cool

Dengar cerita anda tidak boleh mengadili barisan pemain CLG di atas kertas, adakah anda bersetuju dengan ini?

Saya bersetuju dengan cara dan motto ini. Proses ini semestinya menyeronokkan untuk melihat pemain League semakin berkembang. Saya pernah berada di CLG di mana, “Tiga bulan, kau teruk, kau keluat.” Atau, “Kau bagus, kau kekal, blah, blah, blah.” Ini semua tidak bagus. Jadi lebih baik kita menghabiskan masa kepada pemain yang mempunyai set skill yang baik dan mereka perlu mempelajari tabiat yang baik dan menjadi pemain yang baik dalam pasukan, jadi anda boleh menyesuaikan diri dalam meta, semua orang mengubah peranan mereka. Ini nampaknya setiap pemain perlu mati untuk pemain yang lain. Setiap pemain adalah kematian, mereka boleh memainkan peranan ini, mungkin ini tidaklah baik seperti sebelum ini, tapi ini adalah mengenai meta dan kita mesti belajar yang, kita perlu mengambil masa untuk mempelajarinya.

Aphromoo close up

CLG Black akan menjadi pemain gantian untuk berlatih bersama pasukan pro. Berapa rapatkah anda semua dengan yang lain?

Mereka bersama kami untuk beberapa hari. Mereka juga ingin memanaskan badan bersama kami sebelum LCS atau selepas satu permainan, kami akan bermain satu perlawanan dengan mereka. Mereka membantu kami untuk mendapat pasukan lain kerana mereka bukan lagi berada dalam siri challenger sekarang ini. Bagi kami, kami hanya ingin membantu pasukan challenger dan pada akhir tahun, bagi sesiapa yang meninggalkan kami atau kami perlu menggantikan seorang pemain, usaha ini semua akan menjadi berbaloi. Kami hanya ingin membantu para pemain CLG Black dan kami mungkin boleh mempelajari sesuatu daripada mereka.

Anda berfikir di mana CLG berdiri?

Kami scrimmed dengan mereka dan mereka bagus. Tapi scrim adalah scrim kerana kami bagus juga. Saya pasti barisan pemain pihak lawan juga baik. Jadi kami akan bermain peranan-peranan yang yang berbeza, Bagi saya, yang penting adalah siapa yang akan memperkasakan peranan itu dengan lebih pantas dan membuktikan yang semua orang masih lagi belajar daripada kesilapan.

Post Berkaitan

Comments